Header Ads

(GAMBAR) "Hampir 13 Tahun, Siti Nurhaliza paling mudah untuk bekerjasama" - RizmanRuzaini


PENYANYI No. 1 Malaysia dan kesayangan ramai ini, tak lain tak bukan Dato' Seri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali dengan Dato' Siti baru-baru ini telah memenangi Nona Legend Award & Nona Influencer Award dari majalah Nona yang juga dihadiri rakan artis lain seperti Che Ta, Ziana Zain dan ramai lagi. Setiap kali anugerah atau persembahan yang Dato' Siti hadiri pasti digayakan dengan pakaian yang sangat indah di mata peminat dan rakyat Malaysia.

Kali ini, pereka fesyen terkenal Malaysia, Rizman Ruzaini mengambil alih dalam rekaan 'dress' milik penyanyi cantik ini. Dato' Siti sangat berpuas hati dengan rekaan pereka fesyen ini dan mendapat respon yang positif dari pengikut Dato' Siti dengan memuji 'dress' yang dipakai Dato' Siti menerusi laman Instagram miliknya.

Pereka fesyen berpengalaman yang mereka 'dress' Dato' Siti ini mengakui dan memuji bahawa Dato' Siti adalah orang yang sangat mudah untuk bekerjasama sepanjang 13 tahun mereka bekerjasama. Rizman Ruzaini juga menyatakan sifat rendah diri dan sentiasa positif yang dimiliki oleh penyanyi No. 1 Malaysia ini.





Gambar Di Sekitar Majlis Penganugerahan #nonasuperwoman #nonasuperwomanaward anjuran Majalah Nona









Dato' Siti kelihatan sangat cantik menggayakan 'dress' rekaan Rizman Ruzaini dengan bertatah puluhan ribu permata








Dato' Siti mengucapkan terima kasih kepada pereka fesyen yang mencipta 'dress' elegan dan mempesona ini






Sumber : ctdk 


No comments

Powered by Blogger.
a