(GAMBAR) Neelofa sudah ada 'klon' cilik
Pelakon, pengacara dan usahawan berjaya wanita, Noor Neelofa Mohd Noor, 29, atau dikenali sebagai Neelofa sentiasa mendapat perhatian netizen bercampur komen positif dan negatif tentang apa yang digayakan. Meskipun, dia antara selebriti yang berhijab, namun fesyennya tetap bermacam-macam sehingga dijadikan bahan lawak pada suatu tahap. Apa-apa pun, keberanian Neelofa menggayakan sesuatu fesyen memang tiada tandingan.
Terbaru, tular di semua laman sosial gambar seorang kanak-kanak kecil perempuan yang menarik perhatian ramai kerana meniru bulat-bulat fesyen dan 'pozing' yang dilakukan oleh pengacara MeleTOP itu.
Ibu gemar semua fesyen Neelofa
Ibu kepada Nur Airis Nafisya Muhamad Nurul huda iaitu Eka Muliati Basri, 33, berkata dia sememangnya gemar melihat fesyen yang digayakan Neelofa di Instagram.
"Kebetulan pula, saya ada baju dan barang-barang di rumah yang lebih kurang sama dipakai Neelofa.
Ibu tak sangka foto si kecil tular
Sumber : mstar
![]() |
Antara gambar yang tular di laman sosial. |
Terbaru, tular di semua laman sosial gambar seorang kanak-kanak kecil perempuan yang menarik perhatian ramai kerana meniru bulat-bulat fesyen dan 'pozing' yang dilakukan oleh pengacara MeleTOP itu.
Ibu gemar semua fesyen Neelofa
![]() |
Lagi gambar yang tular di laman sosial |
Ibu kepada Nur Airis Nafisya Muhamad Nurul huda iaitu Eka Muliati Basri, 33, berkata dia sememangnya gemar melihat fesyen yang digayakan Neelofa di Instagram.
Menurutnya, dia hanya menggunakan pakaian dan aksesori yang kebetulan ada di rumahnya seakan sama dengan apa yang dipakai pelakon drama Red Velvet itu.
"Sebenarnya saya suka lihat fesyen dan penampilan Neelofa di Instagram. Setiap hari saya akan 'stalk' Neelofa untuk tengok foto fesyen terbaru yang dimuat naiknya.
"Bila ada foto baru, saya akan tunjuk pada anak dan kalau dia setuju nak buat gaya itu, barulah kami akan cari baju dan aksesori yang seakan dalam foto Neelofa.
"Kebetulan pula, saya ada baju dan barang-barang di rumah yang lebih kurang sama dipakai Neelofa.
Ibu tak sangka foto si kecil tular
Dalam pada itu, dia tidak menjangka foto anaknya yang berusia tiga tahun itu boleh menjadi tular di laman sosial memandangkan foto tersebut sudah lama dimuat naik.
Katanya, dia berkongsi foto-foto tersebut menerusi laman Facebook miliknya yang hanya boleh dilihat oleh rakan-rakan terdekat sahaja.
Ibu ini tidak meletakkan butang kongsi di setiap 'posting' dan kakaknya yang bertanggungjawab memuat naik foto-foto tersebut di laman sosial.
"Saya terkejut juga tiba-tiba foto-foto anak saya itu menjadi tular di laman sosial sedangkan dah lama saya muat naik di Facebook.
"Kalau saya nak viralkan, dah lama juga saya kongsi dengan semua orang tapi akaun FB saya dalam ketetapan privasi dan saya tak letakkan butang kongsi pun.
"Bila saya tanya dalam group whatsapp keluarga, rupa-rupanya kakak saya yang muat naik foto tersebut di laman sosial," ujarnya.
Sumber : mstar
Post a Comment