Header Ads

(GAMBAR) Penangan Siti Aafiyah, jatuh sudah 'ranking' Siti Nurhaliza


Penyanyi No. 1 Malaysia, Dato' Seri Siti Nurhaliza siapa yang tak kenal ditambah pula dengan anugerah terindah puterinya Siti Aafiyah binti Khalid yang semakin membesar dan semakin comel mirip campuran ayah dan ibunya, Datuk K dan Tok Ti sendiri.




Menerusi muat naik di Instagram pengurus kepada Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak, dia berkongsi kisah yang disifatkan peminat sebagai lucu dan mencuit hati.

"Aafiyah... dulu kalau orang kenal Mak Rozi, jumpa kat mana-mana orang akan tanya mana Siti Nurhaliza, tapikan sekarang ni orang akan tanya mana Aafiyah, Aafiyah sihat?

"Itulah penangan Aafiyah dah jatuhkan ranking ibu Aafiyah tau," tulis Rozi di laman tersebut. 
Populariti Siti Aafiyah yang kini berusia sembilan bulan dapat dilihat dengan kewujudan banyak akaun palsu yang dicipta menggunakan nama dan fotonya di Instagram.

GAMBAR Siti Aafiyah yang semakin bijak dan comel dengan senyuman dan mimik muka yang digayakan sangat mencuit hati siapa yang melihat anak penyanyi lagu Anta Permana ini.

















No comments

Powered by Blogger.
a