Header Ads

'Harap PM jangan pecat Waytha Moorthy dan Maszlee' - KJ


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang dilihat semakin kerap memberi kenyataan sarkastik terhadap kerajaan, hari ini meminta Perdana Menteri tidak memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy.
Melalui akaun Twitternya, bekas Ketua Pemuda UMNO itu menyifatkan Waytha Moorthy dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik adalah aset kepada pembangkang.


Harap @chedetofficial tidak memecat Waythamoorthy dan @maszlee. Mereka ini aset bagi pembangkang,” tulisnya semalam yang dipercayai menyindir kerajaan.
Terdahulu dalam postingnya tiga jam sebelum itu, beliau memuat naik status sinis mengenai Waytha Moorthy yang disifatkan gagal menjaga porfolio perpaduan sebaliknya hanya mencetuskan kemarahan rakyat.
Waythamoorthy menjaga portfolio perpaduan. Jelas beliau mencetus kemarahan orang ramai. Bagaimana beliau mampu memupuk perpaduan? Apa yang dia boleh buat untuk menyatukan rakyat? Oh, rakyat sudah bersatu dalam menolak beliau,” tulisnya.
Status beliau yang dimuat naik di laman Twitter ini mendapat hampir 5000 Retweet dari pengikutnya.

Maszlee dan Waytha Moorthy adalah dua pemimpin kerajaan yang sering mendapat perhatian pembangkang sejak dilantik menyertai Kabinet.
Kenyataan kedua-dua mereka sering mencetuskan kontroversi dan terpalit dengan pelbagai kecaman dalam kalangan masyarakat, menjadikan mereka sasaran mudah pembangkang membawa pelbagai isu mengkritik kerajaan.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini secara konsisten terus mempertahankan kedua-dua menteri itu, malah berpuas hati dengan pencapaian ditunjukkan setakat ini.

No comments

Powered by Blogger.
a