Header Ads

Ibu paksa minum clorox & ikat kemaluan anak tirinya dengan gelang getah semalaman

Seorang wanita didakwa telah mencurahkan air mendidih pada kemaluan anak lelakinya berusia enam tahun sehingga menyebabkan kanak-kanak itu cedera parah.

Menurut laporan, dia juga dikatakan telah mengikat sekeliling kemaluan anak tirinya dengan menggunakan gelang getah semalaman, memaksa kanak-kanak itu makan duit syiling dan minum peluntur pada masa lalu.



Xiao (dalam gambar) berada di bawah kawalan polis selepas didakwa melakukan penderaan ke atas anak tirinya.


Wanita terbabit adalah ibu tiri kepada kanak-kanak lelaki enam tahun itu, yang dikenali dengan nama keluarga Xiao, kini sedang disiasat oleh polis selepas kanak-kanak itu dibawa ke hospital kerana didapati mengalami luka terbakar yang teruk.

Menurut laporan media, adik-adik mangsa didapati menanggalkan seluar serta seluar dalamnya sebelum ibu tirinya mencederakan kemaluan mangsa dengan menuangkan air mendidih. 

Mangsa memberitahu ahli keluarganya yang lain bahawa ibu tirinya itu telah memaksa dia untuk minum sabun pencuci dan menjolok telinga mangsa dengan menggunakan putik kapas.


Hu, 6, dikejarkan ke hospital selepas cedera di kemaluannya selepas ibu tirinya menuangkan air mendidih ke atas kemaluan mangsa.

Menurut berita berita China Shangyou, kanak-kanak lelaki tersebut, yang dikenali dengan nama keluarganya, Hu, tinggal di daerah Haixing di wilayah Hebei. Dia dikatakan dibakar pada 16 Disember, 

Dilaporkan bahawa kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Haixing County oleh ahli keluarga yang lain selepas mereka mendapati mangsa cedera parah di kemaluannya.

Anak lelaki itu tidak menjelaskan bagaimana dia mendapat cedera pada mulanya, tetapi dua hari kemudian apabila Xiao tidak berada di wad hospitalnya, dia membongkar segala perbuatan jahat ibu tirinya kepada ibu saudaranya..


Jiran mangsa membuat laporan bahawa ibu tirinya selalu mendera kanak-kanak tersebut.

Menurut ayah saudara mangsa, ayah kandung kanak-kanak lelaki itu telah bercerai selepas berkahwin dengan ibu tirinya dua tahun lalu.

Selepas polis telah melancarkan siasatan, Pegawai dari Biro Keselamatan Awam Haixing County memberitahu bahawa penderaan itu berlaku pada petang 16 Disember.

Ibu tiri yang menyebabkan penderaan ke atas anak tirinya itu kini berada di bawah kawalan polis sementara siasatan lanjut mengenai kes sedang dijalankan.

Sumber : Dailymail

No comments

Powered by Blogger.
a