Header Ads

Ini Rahsia Lelaki Paling Gemuk Di Dunia Berjaya Turun Berat Lebih 200 Kg....


Tiada siapa diciptakan di dunia ini mengikut selera yang diri sendiri inginkan. Tubuh yang kurus, ramping, sihat dan sebagainya. Namun, nasib lelaki ini sememangnya mengalami obesiti sejak kecil lagi tetapi dia menanggung berat badan mendadak selepas menghadapi kemalangan kereta ketika usianya 17 tahun.

Juan Pedro Franco, 33 tahun ini pernah dinobat sebagai lelaki paling gemuk di dunia pada 2017 dengan berat sebanyak 590 kilogram (kg).

Dalam tempoh setahun, dia berjaya menurunkan 222 kilogram menerusi pembedahan pintasan gastrik.



Susulan itu, dia bertekad untuk melakukan beberapa lagi pembedahan bagi menurunkan berat badannya.



Dia membuat pendedahan itu menerusi rancangan Body Bizarre menerusi saluran TLC.
Biarpun 75 peratus daripada bahagian perutnya sudah dibuang, dia tetap nekad untuk melakukan pembedahan seterusnya.

Dia turut menyatakan hasrat untuk melakukan pembedahan bariatric, pada tahun depan.
Prosedur pembedahan itu dikatakan berupaya untuk mengecilkan saiz perutnya.

Biarpun ia boleh mengurangkan berat badan dalam tempoh singkat, namun ia bukanlah penawar kepada gejala obesiti yang dihidapinya, ujar doktor.



Dalam pada itu, Juan sememangnya mengalami obesiti sejak kecil lagi.

Saiz dan berat badannya semakin bertambah selepas dia terlibat dalam kemalangan sewaktu berusia 17 tahun.

Dia mula menjadi terkenal selepas muncul dalam berita akibat dimasukkan ke hospital pada 2016.

Sumber : Daily Star 

No comments

Powered by Blogger.
a