Header Ads

Instagram mohon maaf sebab 'buat hal', 1 dunia marah Instagram punya 'update' terbaharu mengejut

Kemaskini atau Instagram update terbaharu semalam secara tiba-tiba pada aplikasi popular Instagram ternyata mengundang kemarahan warga maya.

Lebih teruk, ia mengubah paparan antara muka (Interface) laman perkongsian foto dan video itu, jauh berbeza dari kebiasaan sebelum ini.

Rata-rata pengguna Instagram meluahkan kemarahan mereka menerusi laman Twitter sejak Khamis malam berhubung perkara tersebut.

Perubahan yang diperkenal Instagram pada Khamis mengundang kemarahan ramai

Dalam kemas kini itu, pengguna tidak lagi berupaya melihat paparan secara vertical atau scrol (dari atas ke bawah), sebaliknya pengguna Instagram perlu melihat posts secara horizontal (kiri ke kanan), sama seperti fungsi Instagram Story.



Susulan itu, pihak Instagram turut mengakui kesilapan mereka menerusi laman Twitter, awal pagi ini.

Pihak Instagram mohon maaf & kembalikan paparan secara normal seperti sebelum ini (scrol ke atas bawah) 


"Gara-gara gangguan, sebilangan pengguna menyaksikan perubahan paparan mereka hari ini. Kami segera memperbaiki isu ini dan paparan mereka kembali normal. Mohon maaf atas kekeliruan," tulis pengendali akaun rasmi Instagram di Twitter.




Posting berkenaan turut menerima lebih 15 000 Retweet, 60 000 Favorites dan menerima lebih 7,000 komen.

"Bagaimana jika kamu mengubahnya semula kepada paparan secara kronologikal seperti yang kami mahukan," tulis @Kozapell.

Ada yang mogok dan nak delete aplikasi Instagram 

Merosakkan mood pagi hari apabila melihat Instagram update 





"Gara-gara gangguan itu ia akan menjadi alasan terbaharu saya untuk semua perkara."
"Kenapa Instagram dah terdesak nak jadi Tinder, swipe ke kanan untuk individu seterusnya," tulis seorang lagi netizen.

Respon pantas Instagram yang mengubah semula paparan kepada normal turut menerima pujian ramai.

Malah, kebanyakan pengguna menyifatkan Instagram melakukan pusingan U (U-turn) kerana tidak tahan dengan respon negatif yang diterima sejak kemas kini itu diperkenalkan.

Sumber : metro.uk

No comments

Powered by Blogger.
a