Header Ads

Jenazah Adib diterbangkan ke kampung halaman


Jenazah anggota Bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, diterbangkan dengan helikopter MI17-IV milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ke Kedah pada 8.50 pagi ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut berada di Airod Subang untuk memberi penghormatan terakhir semasa jenazah Muhammad Adib diusung ke helikopter untuk diterbangkan ke kampung halamannya.

Jenazah Allahyarham Muhammad Adib tiba di Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di sini kira-kira 7.55 pagi tadi selepas disolatkan di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Jenazah yang diiringi keluarga dan pegawai bomba diterbangkan ke Kampung Tebengau, Kuala Kedah untuk dikebumikan.

Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 9.41 malam.

Sumber : BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.
a