Header Ads

Kematian Adib : Akhirnya Staf Honda Dipecat, Gara-gara Meninggalkan Komen Biadap


Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan kematian anggota Bomba dan juga perwira negara, Muhammad Adib Mohd Kassim,24. Namun begitu, tindakan seorang pekerja wanita di Syarikat Honda Sri Utama Auto, Setapak di Selayang telah menimbulkan amarah terhadap seluruh rakyat Malaysia kerana tanpa berperikemanusiaan meninggalkan komen biadap ketika siaran langsung tentang berita susulan kematian Adib di laman Facebook pada Isnin lalu.

Artikel berkaitan : Staff Honda menghina kematian Muhammad Adib digantung tugas

Tindakan staf wanita itu keterlaluan

Pengurus Syarikat Honda Sri Utama Auto, Setapak terpanggil dan rasa bertanggungjawab di atas kelakuan anak buahnya itu dan majikan tersebut menyifatkan tindakan wanita itu sebagai keterlaluan dan berjanji untuk menyiasat perkara berkenaan.

Terbaru, hari ini di laman Facebook wakil pengedar Honda Malaysia mengesahkan bahawa wanita berkenaan telah dipecat.





Staf tersebut sudahpun melanggar polisi syarikat 





Kami ingin memaklumkan hasil siasatan dalaman yang dibuat, kami mendapati staf tersebut sudahpun melanggar polisi syarikat disebabkan tingkah lakunya itu.
”Justeru, staf tersebut sudahpun dipecat daripada jawatannya di Sri Utama Auto Sdn Bhd serta-merta,” kata kenyataan tersebut.
Pihak Sri Auto juga sekali lagi memohon maaf kepada semua pihak yang terguris dengan komen tidak beretika yang dibuat oleh stafnya sebelum ini, terutama kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib.
Beri modul lantikan untuk penambahbaikan moral pekerja
”Kami akan menambah baik modul latikan terhadap semua pekerja kami bagi memastikan mereka mengamalkan moral yang tinggi dan saling menghormati semua hak individu sepanjang masa.”

No comments

Powered by Blogger.
a