Header Ads

"Ko merepek apa syaitonnn?" Jangan merosakkan imej kedoktoran - Seorang Doktor Tegur Drama 'Seribu Rindu'

Rakyat Malaysia sekarang pandai menilai drama melayu yang ditayangkan di kaca televisyen. Mereka lebih gemar drama yang berkualiti dan seakan-akan sudah tidak berminat pada jalan cerita cliche drama melayu sekarang yang tak lari dari babak percintaan dan babak yang dikatakan tidak logik pada sesetengah drama. 



Berikutan dengan Drama Slot Akasia yang ditayangkan jam 7 malam berjudul 'Seribu RIndu' lakonan Zul Ariffin dan Aziera Syafinaz, drama tersebut telah mendapat perhatian daripada Netizen dengan pandangan sisi kurang baik. Watak yang dibawakan oleh salah seorang pelakon melakonkan watak seorang doktor itu dikatakan tidak masuk akal dan mencemarkan imej doktor. 

Tular di media sosial Facebook sehingga mendapat lebih 4000 'share', seorang doktor, Husna Dahari terpanggil untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan menegur watak doktor tersebut kerana banyak babak mengejar isteri orang dan tiada babak bertemu dan merawat pesakit di dalam drama tersebut dan ianya tidak logik dan jauh sekali dengan kehidupan realiti seorang doktor. 





Antara komen yang ditinggalkan oleh Netizen pada status tular ini.





Apa salahnya untuk penerbit dan pengarah membuat kajian terlebih dahulu? Walaupun hanya sekadar drama, ia tetap memberikan impak kepada masyarakat. Janganlah terus ‘memperbodohkan” penonton dan rosakkan imej kerjaya profesional. Apa pula pendapat anda?


No comments

Powered by Blogger.
a