Header Ads

Maszlee nafi mahu masukkan 1MDB dalam subjek Sejarah

Berkenaan isu Skandal 1MDB yang katanya akan dimasukkan dalam sukatan pelajaran Sejarah, media sekali lagi dipersalahkan dalam melaporkan kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dengan mendakwa laporan media adalah tidak tepat berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dimasukkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menafikan laporan media yang mendakwanya menyebut kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah di sekolah.
Setiausaha Akhbarnya, Shahrul Aman Mohd Saari, berkata perkataan sejarah yang disebut Maszlee tidak merujuk kepada sukatan pelajaran, sebaliknya merujuk kepada sejarah Malaysia secara am.
Katanya, laporan media berkenaan adalah tidak tepat kerana keputusan untuk memasukkan isu 1MDB ke dalam subjek Sejarah terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan.
Ketika menjawab soalan tambahan YB Pontian (Datuk Seri Ahmad Maslan), Dr Maszlee hanya menyebut isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia.
Laporan media memetik seolah-olah Dr Maszlee mengatakan kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah Malaysia adalah tidak tepat.
Soal sama ada ia akan dimasukkan ke dalam silibus terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan.
Kerjasama media dipohon agar membuat pembetulan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Maszlee dilaporkan berkata, isu berkaitan skandal 1MDB dan penyelewengan membabitkan ahli politik akan dimasukkan sebagai sukatan pelajaran Sejarah di sekolah.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Ahmad ingin mengetahui fakta sejarah yang menjadi kontroversi dalam negara dan garis masa ditetapkan bagi membolehkannya dijadikan sebahagian daripada pengisian mata pelajaran.

Sumber: Utusan, Bharian

No comments

Powered by Blogger.
a