Header Ads

Maut Akibat Pakai 'Earphone' Sambil Cas Telefon




Innalillahi Wainna Ilaihi Roojiuun. Ajal tak mengenal usia. 

Melalui perkongsian dari Facebook milik Noor Jeey Pojie dan Mior Amir Hamzah, dan telah tular di semua media sosial sehingga mendapat lebih 41K 'share', seorang pelajar bernama Aidil berusia 16 tahun telah meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik pada 3 Disember baru-baru ini waktu tengahari di Pedas Gaing Baru, Rembau. 

Foto Kredit : Utusan Online 








Menurut ibu mangsa, Jamaiyah Amizah yang pulang dari bekerja cuba mengejutkan anaknya tetapi mangsa tidak bergerak dan seluruh badan anaknya sejuk. Pemeriksaan ke atas tubuhnya mendapati tiada kesan lebam atau luka tetapi di telinga sebelah kiri terdapat kesan darah.


"Selain itu sebuah telefon bimbit yang sedang dicas ditemukan berdekatan mangsa. Fon telinga (earphone) pula masih terpasang di telinga kiri dan terdapat kesan terbakar," kata ibu mangsa.


Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik.
Semua ibu bapa perlu ambil perhatian dan pantau anak-anak anda daripada melakukan hal yang sama seperti mangsa. Kepada semua umum juga harap dapat ambil iktibar dengan tragedi ini. Cegah sebelum terlambat. 

Pembaca sila 'share' perkongsian ini kepada semua rakan-rakan anda sebagai peringatan.



Sumber : Noor Jeey Pojie , Mior Amir Hamzah , utusan online 

No comments

Powered by Blogger.
a