Header Ads

Muka hancur gara-gara nak 'support' bisnes kawan



Seorang wanita dengan nama akaun Facebook miliknya, Inazalina Zalina,34, adalah ibu kepada dua anak berdepan trauma apabila kulit muka dan lehernya mengalami kesan melecur yang teruk gara-gara kecuaian seorang pakar kecantikan yang juga adalah rakannya yang mempunyai sebuah spa bergerak.


Ini perkongsian mangsa di laman Facebook

Assalamualaikum..
Thanks all for all the support, i really appreciate those who came n visit me, those who non stop support me via phone call, whtspap, msgger. You guys are really true fren. If not because of u all, im not going to be this strong.
This is what actually happen yesterday. A fren of mine actually join a mobile spa few months ago. She ask me to try few times already, but i feel a bit reluctant, im not a kind of going to spa n facial type person. But finally i accept to show my support even i was busy yesterday. The steamer, actually i already think something not right when she turn on the steamer near me, my brain said this is not safe, few second after that, the steamer, full with boiling water fall into both of my eyes, all over my face n my neck. I cant even describe how painful it is. Im not angry at the time, i straight call my husband n he rushed me to emergency dept pantai hospital, first, they dont want to take my case n want to send me to GH, but lucky for me finally the surgeon n eye sp willing to accept my case. I was rush to the OT for the first surgery. I was really shocked yesterday, i never imagine it can turn that bad, the explaination from the doctor makes me cry the whole day. How im going to face everyone after this? How im going to go for work? My work require me to meet alots of people everyday. Its hard for me to accept the fact. But i think back, Allah still loves me, both of my eye balls not damage even with boiling water fall all inside. Im so lucky, there is a lot of people which their condition worse than me. Why should i do next? Surgeon said, i will be on MC for at least a month, my skin cant expose to sun. maybe half a year to recover but with permanent damage. I feel really sad, my 2nd son really scared to see my face, he dont want to go near me. I never saw him acting like that, he always want to hugs me, but today, he in fear to see my face, not even want to go near me ðŸ˜­
Pls pray i stay strong to face all this. InsyaAllah.
For tht person who accidently did it to me, did i scold you yesterday? Did i blame u? The answer is NO because i know u hv no intention to do that. But u should go to the hsptl with me yesterday, until now u not even show your face, dont u fell guilty for wht happen? I have to face all this, permenant damage, im in pain, i cant go for work, my life turns up side down. U just said u cant do anything, u hv no money. Do i have a choice? I still have to find money to pay for hsptl bill n all the vitamins n supplement. I dont think u care about me.
May Allah ease everything for me, its a long journey for me to go, InsyAllah Allah will always with me.


Kejadian pada tengah hari Ahad lalu, mangsa memberitahu rakannya itu tertumpah air panas daripada alat stim muka tepat di wajahnya.


Air yang menggelegak masuk kena mata, muka dan mengalir sampai ke leher


"Awalnya saya ingat hanya cuci muka biasa-biasa tapi pelik tiba-tiba tengok ada alat stim muka kat tepi. Waktu tu saya terfikir macam tak selamat je. Saya tak tahulah dia tak sempat tolak alat tersebut ke apa, sebab tiba-tiba alat tu jatuh atas muka saya. Air yang menggelegak tu masuk kena mata, muka dan mengalir sampai ke leher". 


Rasa seperti dibakar hidup-hidup 

"Waktu tu rasa macam terbakar hidup-hidup. Saya tak menjerit, tak boleh cakap apa-apa sebab terlampau sakit. Sebaik saja air panas tu masuk mata saya terus pergi ke sinki dan basuh dengan air. Saya ambil bekas besar dan rendam muka. Tapi sakit tu tak hilang, makin lama makin sakit," katanya.

Sejurus selepas insiden itu, Inazalina berkata rakannya itu hanya meminta maaf di atas apa yang berlaku.

"Dia hanya cakap sorry, sorry tak sengaja. Saya rasa sama ada dia pegang alat tu kemudian dia terlepas ataupun dia tertolak.

"Bila saya tanya dia tak nak jawab tapi saya tak marah waktu tu sebab saya fikir dia kawan saya," katanya.


Tidak tahan dengan kesakitan yang dialami, mangsa menghubungi suaminya untuk menemaninya ke hospital.

"Suami saya balik dan kami pun turun sama-sama. Kawan saya tu masuk kereta dia dan tak ikut sekali ke hospital.

Kawan tak ikut ke hospital, pihak hospital tak terima mangsa kerana kes melecur

"Kawan saya kemudiannya balik tanpa ikut kami ke hospital. Sebaik tiba kami ke bahagian kecemasan sebuah hospital swasta. Mula-mula mereka macam tak nak terima saya sebab kes melecur.

"Lepas tu dia bagi air drip satu botol biar mengalir kat muka, saya juga ambil suntikan tapi sakit memang tak hilang-hilang.

"Jururawat ambil gambar saya dan hantar dekat doktor pakar. Biasalah  Ahad tak ada (doktor) pakar dan nasib baik mereka nak ambil kes saya. Alhamdulillah," katanya.


Luka melecur menjadi reput dan hitam



"Saya ingatkan hanya sapu krim kemudian saya boleh balik. Tapi bila doktor datang barulah dia jelaskan mengenai tahap luka saya.

"Saya disuruh puasa dan perlu segera jalani pembedahan kerana kulit saya sudah mereput, hitam memang teruk sangat.

"Kulit saya yang mereput itu perlu dikoyakkan dan dibuang kerana bimbang berlaku jangkitan jika tidak dilakukan segera. Waktu tu saya memang terkejut sangat-sangat," katanya.

3 hari menangis tiada keyakinan untuk berhadapan orang ramai

Memandangkan Inazlina adalah kakitangan salah satu syarikat Insurans dan pekerjaan ini menuntutnya untuk berhadapan dengan orang ramai, keadaan emosinya terganggu selepas insiden itu.

"Saya jadi down sangat-sangat. Tiga hari saya menangis. Saya fikir macam mana saya nak berdepan dengan orang ramai sebab saya kerja di bahagian frontliner," katanya dalam nada sebak.

"Doktor cakap saya tak boleh kena cahaya matahari sekurang-kurangnya sebulan. Saya juga tak boleh pakai apa-apa di muka selama enam bulan kecuali Bio Oil. Kulit saya dah rosak jadi warna kulit akan sentiasa berubah-ubah. 

"Nak kembali ke kulit asal mungkin tak akan berlaku sebab melanin kulit dah mati. Jadi warna kulit selepas ini bergantung kepada badan masing-masing. Kadang-kadang boleh jadi gelap, mungkin boleh jadi terlalu cerah atau mungkin berbelang hingga ke leher," katanya.

Anak enggan mendekati mangsa kerana menganggap rupa ibunya seperti 'hantu'





Lebih memilukan, wanita berasal dari Pelabuhan Klang itu sebak apabila wajah terbaharunya itu menyebabkan anak bongsunya enggan mendekatinya.

"Anak kedua saya sampai takut tengok muka saya. Bayangkan anak yang selalu kita peluk tu, dia datang kata muka saya macam hantu. Dia macam ketakutan tak nak dekat dengan saya.

"Itu yang buatkan saya sedih. Sepanjang saya berada di hospital, saya hanya jumpa dua anak saya dua kali sahaja. Bila saya call dia macam ok tapi bila berdepan dia jadi takut," katanya.

Dalam pada itu, Inazalina turut terkilan dengan kecaman netizen yang menyifatkan dia sengaja mencari pasal dengan mencari spa bergerak yang murah untuk mendapatkan rawatan wajah.

"Orang cakap saya gila cari spa murah, bukan... mereka ingat saya gila bayar murah... bukan. Sebenarnya saya memang tak suka pun sebab kulit muka saya sensitif. Seumur hidup saya pergi spa sekali dua sahaja.


Niat untuk sokong bisnes kawan



"Demi Allah saya hanya mahu sokong bisnes kawan-kawan. Lagipun saya kenal anak-anak dia (perunding kecantikan). Dia dah ajak banyak kali, itupun saya dah tolak berkali-kali tapi mungkin nasib saya, Allah nak uji," katanya.

Sementara itu, Inazalina menasihati orang ramai agar tidak menjalani rawatan muka menerusi spa bergerak yang tumbuh bak cendawan selepas hujan kebelakangan ini.

"Saya hanya mahu menyedarkan orang ramai supaya insiden ini tidak berlaku kepada sesiapa selepas ini. Saya sendiri tertanya-tanya adakah spa bergerak ini betul-betul berdaftar, sijil diiktiraf atau sebaliknya.

"Apa sahaja boleh berlaku. Ini sekadar peringatan. Saya bernasib baik sebab tak buta. Itu yang pelik sebab air yang menggelegek itu betul-betul jatuh tepat pada mata. Syukur kerana Allah selamatkan saya.


"Saya juga bersyukur kerana hospital swasta terima kes saya. Kalau orang lain yang tak ada duit macam mana. Dapatkan rawatan wajah dengan pakar kecantikan yang bertauliah dan bukannya mereka yang sertai kursus sehari kemudian boleh buka spa bergerak sendiri," katanya.

Kecewa dengan sikap lepas tangan kawan

"Dia hanya melawat saya di hospital selepas hari ketiga saya dibedah. Itu pun mungkin selepas dia terbaca posting saya di Facebook sebelum jadi viral.

"Dia datang bagi saya Vitamin C. Masalahnya benda tu bukan boleh pulihkan muka saya. Dia juga 'bising-bising' dekat suami saya tanya kenapa saya pergi hospital swasta dan bukannya hospital kerajaan.

"Keluarlah macam-macam cerita. Dia jadi lepas tangan. Saya bukannya nak minta duit dia pun. Duit tu bukan boleh kembalikan wajah saya tapi sekurang-kurangnya tunjukkanlah sikap bertanggungjawab atas apa yang berlaku," katanya yang masih lagi menerima rawatan di hospital.

Sumber : Inazalina Zalina, mstar 

No comments

Powered by Blogger.
a