Header Ads

'Mungkin ini balasan Allah padaku kerana mahu potong kemaluan' - Safiey Illias




Semalam usahawan kosmetik, Safiey Illias yang secara fitrahnya adalah seorang lelaki tapi berperwatakan wanita telah memuat naik gambar kereta mewahnya jenama BMW terlibat dalam kemalangan. 

Dalam kapsyen gambar tersebut, Safiey mengandaikan perkara itu berlaku kerana keretanya merajuk bilamana dia pernah menyebut mahu membeli kereta baru di depan kereta BMW itu. 

Selain itu, Safiey juga tidak menolak kemungkinan itu adalah balasan dari Allah kerana dia berhasrat mahu memotong kemaluannya. 



Difahamkan, Safiey mahu berhasrat membeli kereta Lamborghini buatan Itali, tetapi tidak dinyatakan secara terperinci. 

"Lain kali nak beli kereta baru jangan sebut depan kereta lama. Nanti dia merajuk. 

"Mungkin ini balasan Allah kepadaku kerana mahu nak potong kemaluan. Ampunkan aku ya Allah," tulisnya. 

Ramai yang terkejut dan bersimpati dengan kejadian itu serta mendoakan agar urusan Safiey dipermudahkan. 

Perkara itu turut mendapat perhatian portal hiburan yang menyiarkannya di portal masing-masing. 

Terdahulu, Safiey ada memuat naik gambar yang dipercayai gambar kemaluan dengan kapsyen "Tak sabar, counting day..". Namun dipadamkan tidak lama selepas disiarkan.

Siaran berita mengenai kemalangan itu juga mendapat perhatian Safiey yang kemudian merakam dan memuat naik gambar laporan berita itu ke Instagramnya. 

"Marketing menjadi ke??" tulisnya. 



Sumber : Safie Ilyas

No comments

Powered by Blogger.
a