Header Ads

Dugaan Pengantin Baru, Dalam 1 Minit Hangus Dijilat Api




Percintaan beberapa tahun lamanya diimpikan setiap pasangan dengan pengakhiran dengan mahligai perkahwinan yang cuma sekali seumur hidup. Perancangan persiapan majlis bersama pasangan sememangnya memakan masa beberapa bulan dengan hantaran dan wang ringgit.


Namun tidak semua pasangan mempunyai rezeki yang mudah untuk membina mahligai perkahwinan seperti yang dirancang. Ada sesetengah pasangan yang mempunyai liku-liku dan cabaran serta dugaan masing-masing sewaktu membuat persiapan perkahwinan seperti pasangan Asmieyz Zahari dan Amer Shariq. 

Perkongsian ini dimuat naik baru-baru ini oleh sahabat kepada pasangan ini di laman Facebook sehinggan mendapat hampir 4K share.

Nasib tidak menyebelahi pasangan pengantin ini, rumah salah seorang pengantin tersebut musnah dalam sekelip mata dijilat api. Persandingan yang dirancang bertarikh 1 Disember 2018 terpaksa dibatalkan kerana musibah yang menimpa.


Saat menghitung lagi 2 hari, Tuhan uji kami sekeluarga dengan rumah terbakar "total lost",tulisnya sambil menangis.







Majlis akad nikah tetap diteruskan oleh pasangan ini seperti yang telah ditetapkan mengikut perancangan. 





Sayunya hati bila si pengantin berkata,


"Tak sampai 1 jam gubahan hantaran dibuat, dalam masa 1 minit ia hangus dijilat api"....










Kita sama-sama ambil iktibar dari cerita pasangan ini. Kita kena akur bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang untuk hambanya yang juga merancang...

Semoga pasangan ini tabah dan kuat menghadapi ujian ini.











No comments

Powered by Blogger.
a