Header Ads

"Sayangnya nak buang kuali ni" - Kesan Buruk Guna Kualiti 'Non-Stick' Rosak


Di serata dunia sekarang penuh dengan jualan dan penggunaan 'non-stick pan' iaitu kualiti tak melekat. Ia memang sangat memudahkan dan kuali anti-lekat 'non-stick pan' semakin popular dalam kalangan kita kerana menjadi perkakas yang memudahkan kerja-kerja memasak lebih-lebih lagi tidak perlu masak menggunakan minyak dan guna sedikit 'butter'. Selain itu, jimat masa untuk sental lama bagi menghilangkan kesan sisa makanan yang terlekat pada kuali tersebut.tetapi tahukah anda ianya juga boleh bawa kesan buruk kepada pengguna sekiranya pengguna kekal menggunakan kuali tersebut yang ada calar pada permukaan kuali itu.



Apa yang perlu kita tahu adalah ia akan memberikan kesan bahaya jika disalah guna. Tak dinafikan, kuali tidak lekat ini membolehkan kita mengurangkan penggunaan minyak masa semasa memasak dan memudahkan pembersihan. Namun, kuali jenis ini tidak selamat digunakan jika permukaannya bercalar.

Kenapa tak selamat?
Apabila kuali calar, beberapa lapisan tidak melekat boleh merebak ke dalam makanan yang dimasak.  Ini boleh mengeluarkan sebatian toksik.  Apa yang lebih bahaya adalah memasak menggunakan kuali tidak lekat dengan haba yang tinggi boleh mengeluarkan bahan kimia perfluorooctanoic.
Dengan penggunaan sederhana, kuali tidak lekat boleh bertahan sekitar 5 tahun dan jika kuali rosak, jangan sesekali sayang nak buang.
Untuk mengelakkan kuali dalam keadaan baik, guna senduk jenis kayu dan elakkan mengadun bahan menggunakan bahan keluli.
Sumber : jsonline


No comments

Powered by Blogger.
a