Header Ads

Tsunami Aceh 2004 : Telah Ditemui 45 Kantung Mayat Selepas 14 Tahun Berlalu



Empat belas tahun sudah berlalu sejak kejadian tsunami 24 Disember 2004 yang meninggalkan peristiwa hitam kepada wilayah Aceh terutamanya di kotanya, Banda Aceh. Wilayah Aceh yang mempunyai keluasan 57,365.57 km persegi dan terletak di utara Sumatera, menerima kesan paling teruk daripada bencana tersebut kerana terletak paling hampir dengan pusat gempa dan keadaan muka buminya yang rendah. Lebih 130,000 penduduk Aceh disahkan terbunuh manakala 37,063 lagi hilang dan masih belum dijumpai sehingga hari ini selepas tragedi tersebut.

Terkini, sebanyak 45 beg plastik yang mengandungi tubuh manusia yang disyaki mangsa tsunami ditemui di lubang di Dusun Lamseunong, Desa Kajhu, Daerah Baitussalam, Aceh Besar, selepas 14 tahun bencana melanda Aceh.




"Mulanya kami mengagak cuma dua jasad sahaja, tetapi setelah dikorek lebih dalam kami menemui kesemuanya 45 beg mayat,” kata Muhammad Yahya Tauhid, 73. Lubang yang dikorek adalah 0.5 meter jauhnya, dan pada asalnya untuk lubang tangki septik," kata Muhammad Yahya Tauhid (73) yang menyaksikan penemuan beg berisi mayat manusia di Kajhu, Aceh Besar, Rabu (12/19).




Beliau menjelaskan bahawa lokasi penemuan kantung yang berisi tubuh mayat itu adalah tempat penduduk menanam tanaman sebelum gempa bumi dan tsunami melanda Aceh pada 24 Desember 2004 dan kemudian menjadi tanah kosong.



Ketua Pelaksana Pemantau Bencana Aceh, Teuku Ahmad Dadek berkata,
kesemua identiti mayat tersebut sudah dapat disahkan memandangkan mereka dikebumikan dengan kad pengenalan diri. Daripada jumlah keseluruhan, 25 jasad merupakan mayat lelaki.
Salah satu mayat yang dikenali sebagai Sri Yuniza dituntut oleh pemerintah Bandar Acheh selepas disahkan sebagai ahli keluarga mereka manakala baki mayat yang lain dipindahkan ke Tempat Pemakaman Umum (TPU) di kampung berdekatan.
Sumber : Elshinta

No comments

Powered by Blogger.
a