Header Ads

Staff Honda menghina kematian Muhammad Adib digantung tugas


Syarikat pengedar kereta Honda, Sri Utama Auto Sdn Bhd (Honda Sri Utama Auto), hari ini menggantung tugas seorang kakitangannya selepas dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Pengarah Honda Mohon Maaf 
Pengarah Honda Sri Utama Auto, Wong Chee Keong, berkata penggantungan pekerja itu adalah supaya siasatan dalaman boleh dijalankan dan syarikat sedia mengambil tindakan tegas terhadap apa yang berlaku.


“Kami secara ikhlas memohon maaf atas komen yang tidak sensitif dibuat oleh kakitangan kami mengenai berita sedih kematian Muhammad Adib.
“Kami tidak akan bertolak-ansur terhadap sikap sedemikian sama ada ia dilakukan dalam talian atau sebaliknya.
“Honda juga akan menghantar memo kepada semua pemilik pengedar Honda supaya menasihatkan pekerja masing-masing untuk mengamalkan sikap yang baik,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook syarikat itu.
Kenyataan berkenaan itu rata-rata disifatkan netizen sebagai tidak bertanggungjawab dan seolah-olah mempertikaikan Tuhan kerana tidak menyelamatkan nyawa anggota bomba berkenaan.


'Tuhan u (awak) yang gagal tidak sembuhkan Adib'

Pekerja wanita itu melalui laman Facebooknya, dipercayai memuat naik komen ‘Bukan kerajaan gagal..tuhan u (awak) yang gagal tidak sembuhkan Adib’ ketika siaran langsung Facebook sidang media Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin, malam tadi selepas mengumumkan kematian Muhammad Adib.
Komen itu turut menerima kecaman ramai pihak yang kemudian mendapati individu berkenaan bekerja dengan Honda Sri Utama, sekali gus menyebabkan laman Facebook syarikat itu ‘diserang’ oleh netizen.

No comments

Powered by Blogger.
a