Header Ads

"Stop Making My Mother Cry!" - Warna Kulit & Keturunan Haneesya Hanee Berterusan Dihina Netizen


Peserta Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee ketika di awal penglibatannya dalam program realiti TV tersebut sudah cetus kontroversi akibat dikutuk warna kulitnya oleh netizen yang tidak menjaga sensitiviti sesama manusia. Baru-baru ini Haneesya meluahkan rasa kesal apabila asal-usul keluarganya pula dihina netizen.

Menerusi entri di Instagramnya semalam, pelakon dan model tinggi lampai itu turut menyatakan pendiriannya sebagai peserta yang layak bertanding dalam Dewi Remaja kali ini.




"Stop making my mother cry, stop being racist, stop judging

"I am Haneesya Hanee Malaysian Malay girl! I am dark and I layak masuk Dewi Remaja," tulisnya berserta tanda pagar #DarkIsSexy, #ItsTimeForDarkToShine dan #ILookLikeMixAndItsABlessing.

Hanee turut memuat naik paparan skrin komen netizen daripada sebuah portal tempatan yang mengutuk warna kulit dan keluarganya.



"Kira okaylah daripada dia berkenan dengan lelaki pendatang haram Nigeri. Dapat anak hitam legam macam Nigeria pasti masuk Dewi Remaja, lepas tu caption merata #hitamitumenawan," tulis pengguna terbabit.

Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan antara peserta Dewi Remaja 2018/2019 yang paling menonjol.




Berdarah kacukan Melayu-Arab, Haneesya yang mempunyai masalah disleksia sejak kecil sering diejek kerana warna kulitnya.

Sumber : Haneesya Hani 

No comments

Powered by Blogger.
a