Header Ads

TAHNIAH Nenek 82 Tahun Berjaya Sambung 'Masters' dan Bergelar Graduan di Sebuah Universiti Swasta!


TAHNIAH nenek! Kisan nenek ini sangat mencetuskan inspirasi kepada sesiapa yang membaca ceritanya. Bak kata pepatah, 'Selagi ada kemahuan, di situ ada jalan' dan ternyata usia bukan lah penghalang untuk kaut segala ilmu sementara hidup di dunia ini. Ilmu itu luas!
Kisah nenek yang mempunyai 18 orang cucu bermula....
Nenek, atau nama sebenarnya Siti Hendon Abdullah,82 berjaya menerima segulung Ijazah Sarjana dari sebuah universiti swasta. Kagum dan hebatnya nenek!


Siti Hendon Abdullah bersama suami ketika raptai konvokesyen.

Siapa sangka seorang nenek yang sudah berusia masih mempunyai ikhtiar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
Perkongsian tentang nenek luar biasa ini telah dibuat oleh cucunya sendiri, Adam Zainal menerusi Twitter.
Kisah ini telah pun viral pada 2 tahun lepas (2016). Ketika itu, Adam memuat naik gambar neneknya itu yang dilihat sedang bertungkus-lumus menyiapkan Masters thesis di hadapan laptop.

“Nenek saya sedang menyiapkan Masters thesis,” tulis Adam.
Dua tahun berlalu, Siti Hendon akhirnya berjaya meraih segulung Ijazah Sarjana! Majlis konvokesyen telah berlangsung pada 30 November 2018 lalu di UNITAR.
Siti Hendon ketika majlis konvokesyen.

Upacara gilang-gemilang itu turut dihadiri oleh suami tercinta Siti Hendon.
Lebih menarik, Siti Hendon bukan sekadar berjaya menerima Ijazah Sarjana. Tetapi dia melakukannya sambil menguruskan sebuah tadika, dan ketika mempunyai 4 orang anak, 18 orang cucu, dan 2 cicit pada usia 82 tahun. Memang luar biasa!
Perjalanan hidup Siti Hendon sentiasa disokong oleh suami tercinta

Menurut Adam, neneknya itu selalu berpesan bahawa pendidikan tidak ada had umur dan tiada apa yang boleh menggantikan kerja keras.
Keluarga besar Siti Hendon

Walaupun telah berusia, neneknya itu tidak pernah menganggap usia itu sebagai penghalang untuk berjaya. Menurutnya lagi, tidak ada alasan untuk seseorang tidak mencapai kejayaan selagi dia benar-benar mahukannya.
“Memandangkan sebelum ini saya lebih fokus dan sibuk mengendalikan sekolah dan pelajar, sudah tiba masanya saya beralih ke bidang pengajian yang lebih mencabar biarpun umur semakin meningkat,” kata Siti Hendon kepada Harian Metro dua tahun lalu.
“Saya memegang prinsip jika saya percaya dengan apa yang saya inginkan, saya boleh lakukannya dengan mudah dan lancar.”
Selepas ini, Siti Hendon bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD pula kerana dia berasa “resah” jika tinggal di rumah
Siti Hendon berazam untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) jika masih diberi kudrat bagi membuktikan sesiapa saja mampu mencapai taraf pendidikan tertinggi selagi ada kemahuan.


“Saya sudah cuba duduk di rumah seperti ibu dan nenek lain. Namun saya resah dan hanya mahu membuka buku dan belajar sesuatu.
“Kebetulan suami dan anak-anak tidak menghalang dan memberi saya semangat yang diperlukan untuk mengejar cita-cita saya,” katanya lagi.
Tahniah nenek! Anda adalah inspirasi buat ramai orang di luar sana. Semoga terus berjaya!

Sumber : Says.com & adamzainaal

No comments

Powered by Blogger.
a