Header Ads

"Tak Masuk Akal!" - Wanita Dikenakan Caj RM0.30, Gara-gara Minta Mangkuk Untuk Letak Bungkusan Plastik Teh O Ais Limau Ikat Tepi


Seorang wanita telah memesan air minuman teh ‘O’ ais limau untuk dibungkus di dalam plastik bersama dengan mangkuk kosong namun telah dicaj dengan harga RM0.30 atas perkhidmatan berkenaan di sebuah restoran mamak di Rawang, Selangor.
Walaupun wanita itu mampu membayar RM0.30 itu, namun caj berkenaan tidak wajar dikenakan sama sekali. Wanita tersebut terasa terpanggil untuk berkongsi insiden itu ke laman media sosial bagi mendapatkan pandangan orang ramai. Dia juga ada berkongsikan gambar resit sebagai bukti.

Roti planta, Roti 4 segi, Nescafe, Teh O ais limau bungkus, Mangkuk
Menurut Sinchew, wanita berkenaan meminta mangkuk kerana mahu meletakkan air minuman bungkusnya supaya minuman tersebut tidak tumpah sewaktu dia sedang menikmati hidangannya.

Bagi mengetahui perkara tersebut dengan lebih lanjut, pihak Sinchew telah menghubungi KPDNKK cawangan Hulu Selangor di mana wakil KPDNKK meminta kes berkenaan dibawa ke ibu pejabat KPDNKK kerana perkara sebegitu tidak pernah terjadi.
“Kes ini sangat berbeza kerana pelanggan telah memesan bungkusan minuman namun masih menggunakan perkakasan daripada restoran. Oleh itu, ia agak sukar untuk mengadili kes ini”.
Wakil juga meminta wanita itu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya kes tersebut boleh dibuka. Jika ternyata pihak restoran itu telah melanggar undang-undang, maka tindakan akan diambil.
Sumber : Sinchew 

No comments

Powered by Blogger.
a