Header Ads

'Tak Nak Kencing', Bila Ditanya , Inilah Jawapan Menakutkan Dari Budak 3 Tahun Hingga Wajah Ibu Bapanya Berubah Pucat Lesi........



Kes serangan seksual terhadap kanak-kanak semakin membimbangkan. Ada kes si pelaku dalam linkungan umur 40 ke 50an. Menyedihkan, apabila ada kes yang si pelaku dalam kalangan kanak-kanak juga. Salah siapa ? Usah tuding jari mana-mana pihak. 

Jom baca cerita perkongsian dari seorang doktor, Dr Farhanah Ibrahim dan langkah sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa bagi menangani kes seksual ini semakin teruk. 


Seorang doktor, Dr Farhanah Ibrahim menceritakan pengalamannya menangani mangsa cabul berusia seawal 3 tahun di tempat yang tidak disangka-sangka.



BUDAK 3 TAHUN DIAM MEMBISU, AKHIRNYA RAHSIANYA TERBONGKAR JUA

Hari tu, luar biasa ramainya pesakit kat klinik. Masa menunggu dah hampir sama macam kat klinik kerajaan, cecah 3-4jam.
Menjelang maghrib, ada sepasang ibu ayah bawak anak perempuan masuk.
Ibu ni dah biasa datang, boleh kata regular customer. Dia baru bersalin anak ke3, sebelum ni check up mengandung pun kat klinik kami. Kali ni dia bawa anak ke2.
Kakhana greet dia, ucap sorry terlebih dulu. “Minta maaf ya puan, tunggu lama. Patient ramai skit hari ni”
Si ibu pun jawab “takpa Dr, bukan senang kami nak jumpa Dr”
Yelah, kakhana pun lokum bukannya selalu.
“Ok ibu, ada siapa-siapa yang tak sihat ka?”
Ibu ni pun jawab “ni Dr, dari tadi balik sekolah takmau kencing” sambil tangannnya tarik si anak perempuan menghampiri Dr.
“Umur berapa ni?”
“Masuk 3 tahun 3 bulan Dr”
“Oh, 3 tahun dah sekolah ya?”
“Dialah yang paling kecik kat tadika tu Dr, dia sorang je 3 tahun”
Kakhana pun cuba sembang dengan anak kecil ni.
“Ada rasa nak kencing tak sekarang?”
Diam.
“Kalau kencing sakit dak?”
Diam lagi.
“Ada sakit perut? Sini sakit dak?” (sambil pegang perut dia)
Sayangnya, si anak masih membisu tanpa respon.

“Dia memang macam ni Dr, kalau dengan orang tak kenal payah nak bercakap. Kat rumah boleh pulak cakap tak benti”

'Perut kembung, pundi cekang'
Ok takpa, actually I need to get this child to pee. Nak cek sama ada kencing kotor, sebab kanak-kanak perempuan lebih mudah terkena jangkitan pada saluran kencing berbanding kanak-kanak lelaki.
Jom kita baring dulu, cek perut skit.
Perutnya memang kembung, pundi kencingnya cekang.
Bila scan tudiaa, air kencing penuh. Tapi maknya kata dari siang balik sekolah dia takut nak kencing.

“Kat sekolah, ada orang pegang bawah ni tak?” sambil merujuk pada private part dia.
Pengalaman lampau mengajar kakhana untuk lebih detail korek history.
So masa si anak ni tengah baring di katil pemeriksaan, kakhana pun tanya soalan cepucemas.
Kat sekolah, ada orang pegang bawah ni tak?” sambil merujuk pada private part dia.
Tiba-tiba anak kecil yang diam membatu dari tadi, angguk perlahan.
Siapa pegang?
Tak jawab.
Cikgu?
Geleng.
Kawan?
Angguk.
Kawan perempuan?
Geleng.
Kawan lelaki?
Angguk.

Melihat kanak-kanak itu angguk kepala, ibu bapanya berubah wajah pucat lesi

Kakhana tengok ibunya yang bertudung labuh pucat lesi, wajahnya berubah.
Ayahnya yang berkopiah turut sama terkesima.
"Siapa yang pegang adik?"
Menggeletar suara si ibu.
Pastinya hancur harapan parents ni. Hantar anak ke tadika islam seawal usia 3 tahun, tinggi harapan mereka nak didik anak perempuan kecil ni dengan nilai-nilai islami di awal usia. Tapi lain pula jadinya.
Astaghfirullah, nauzhubillah.


Kes serangan seksual sesama kanak-kanak kerap berlaku
Ini bukanlah kes pertama, bukan juga kes kedua, tapi dah banyak kali kakhana jumpa.
Ada yang pelakunya sekolah rendah, ada yang sekolah menengah, dan kali ni pelakunya kanak-kanak tadika.
Sebelum ni kakhana pernah kongsi juga kisah kanak-kanak 6 tahun yang dicabul jiran pengasuh.
Kali ni kes sama berlaku di tadika, di tempat yang sepatutnya protected.
But it seems that no place on earth is safe anymore.



Bagaimana kanak-kanak masih ber'pampers' dan berbotol susu sudah pandai mencabul :
Macamana kes ni boleh berlaku? Macamana budak mentah 4-6 tahun boleh pandai mencabul?

Antara puncanya, proses #GROOMING.
Mana datangnya grooming untuk budak bawah 5 tahun yang kadang-kadang masih berpampers dan berbotol susu ni?





Pantau anak lelaki anda

Dan sebagai tambahan, ibu ayah yang ada anak-anak lelaki, ajarkan supaya jangan buat 3 benda ni pada orang perempuan!




No comments

Powered by Blogger.
a