Header Ads

Tampar Rakan Kerja boleh Mengeratkan Silaturrahim



Suasana kerja yang harmoni akan mendatangkan impak besar kepada sesebuah syarikat terutamanya sesama rakan kerja. Demi mengejar hasil kerja yang baik, hubungan erat sesama pekerja sangat penting.

Namun, aktiviti untuk mengeratkan silaturahim pekerja di China ini agak berbeza dan unik apabila mereka diarah tampar rakan sekerja untuk tujuan eratkan hubungan sesama mereka. Acara tersebut diadakan di Nanchang, Jiangxi bagi meraikan ulang tahun ke-14 salun kecantikan Jinhuayuan, berdasarkan laporan SCMP.





Rakaman tersebut menunjukkan 12 orang pekerja di sebuah salun kecantikan melutut di atas pentas dan menampar sesama mereka. Menurut seorang pekerja salun itu, aktiviti seperti itu bagus untuk mengeratkan semangat berpasukan dalam kalangan pekerja.
Ia bukanlah sesuatu yang baru di negara itu kerana terlalu banyak aktiviti-aktiviti tahun  seperti itu diadakan oleh beberapa syarikat di sana.

No comments

Powered by Blogger.
a