Header Ads

Teruja Mahu Berkongsi Segalanya di Instagram, Elfira Loy Bakal Nikah 1 Januari 2019?


Pelakon dan pengacara Elfira Loy dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinannya pada 1 Januari 2019. Elfira telah bertunang dengan Faris Khairol Anuar pada 2 September lalu. 





Menurut sumber, Elfira dan tunangnya yang juga pengurus besar syarikat telekomunikasi itu sudah terpikat memilih tarikh tersebut untuk diijabkabulkan.

Ada juga ahli keluarga terdekat serta sahabat handai yang mula mendapat jemputan daripada mereka.

Elfira juga ada memuat naik gambar berserta 'caption' yang dia tak sabar untuk kongsi segala-galanya di Instagram. 





Rakan artis Datin Paduka Umie Aida juga baru-baru ini telah memuat naik video di laman Instagram miliknya dan mendedahkan bahawa pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. 




Perkongsian video itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji ketampanan Faris dan dikatakan iras seperti aktor Fattah Amin.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu dan majlis itu diadakan secara tertutup.

Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dalam sebuah majlis besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari lalu hubungan itu putus.


Sumber: gempak

No comments

Powered by Blogger.
a