Header Ads

"Tolong Check Anak Saya. Jarum-jarum Semua Tak Nak Ye, Kalau Tidak, Saya Saman" - Ibu ugut Doktor



Tiada ibu bapa di dunia ini yang tidak sayangkan anaknya kerana sudah melahirkan dan membesarkan mereka bagai menatang minyak yang penuh. Namun, keadaan jika anak sakit atau tidak sihat, ibu bapa perlu berwaspada dan menjadi bijak. Jangan berfikiran cetek dengan elak dari anak-anak mendapatkan suntikan bermanfaat tujuan perubatan daripada doktor yang bertauliah di mana-mana hospital. 

Ibu bapa perlu peka dengan kesihatan anak-anak, zaman mereka pada dahulu kala adalah jauh berbeza dengan zaman kini yang serba moden juga penuh dengan pelbagai jenis penyakit virus yang memerlukan suntikan dari kecil begitu juga jika kesihatan tidak mengizinkan, rujuklah doktor dan berikan kepercayaan kepada doktor yang sememangnya lebih arif tentang bidangnya. Jangan kerana kejahilan tentang sesuatu benda, nyawa anak kita terkorban.

Satu perkongsian seorang pegawai perubatan telah Tular di laman sosial Twitter kerana mendapat perhatian Netizen dan hampir 15K Retweet , ibu kepada anak kecil ini memberi amaran tegas kepadanya agar tidak memberikan sebarang suntikan kepada anaknya atau berdepan dengan tindakan saman.











Ceritanya bermula...


Jam 4.30 pagi, pasangan suami isteri datang ke Jabatan Kecemasan, dengan anak mereka.

"Doktor, tolong check anak saya. For your information, I don't want any medication untuk anak saya. Jarum-jarum semua tak nak ye. Kalau tak, saya saman," kata si ibu. 

Peh! Macam order kedai mamak. "Anney, tak nak ubat satu!" 

Aku nak bagi antibiotik untuk jangkitan tonsil, dia tak nak. Takkan aku nak bagi ceklat angin kot? 

Aku bagi juga ubat dekat anak dia, panggil ayah dia dan terangkan. Tetapi si ibu asyik cakap ubat ini agenda Yahudi dan aku ini ejen Yahudi. 

"Puan, Yahudi bukan Coway untuk ada ejen-ejen." kata pegawai Perubatan tersebut.




Motif bawa anak ke Hospital jika tidak mahu Doktor bertindak?

Perkara itu menimbulkan persoalan netizen. Apa gunanya pasangan itu membawa anak mereka ke hospital jika enggan menerima sebarang rawatan?

"
Aku tak boleh nak terima betul golongan anti-vaksin, anti suntikan hospital ini. Lepas tu apa sebenarnya yang kau harapkan bila anak kau sakit, kau bawa pergi ke hospital?

"Nak doktor asapkan anak kau dengan kemenyan macam tu?
" soal netizen.




Sumber : Ayah Zara 

No comments

Powered by Blogger.
a