Angka terkini 222 orang terkorban 

Berdasarkan data yang dikeluarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNBP) setakat 4 petang ini, korban akibat tsunami itu kini seramai 222 orang, 843 cedera dan 28 dilaporkan masih hilang.
Menurut Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho, sebanyak 556 unit rumah dilaporkan musnah, 9 unit hotel mengalami kerosakan teruk, 60 rumah kedai rosak, 350 kapal dan perahu musnah.
"Tidak ada korban warga negara asing. Semua warga Indonesia. Korban dan kerosakan ini meliputi di 4 kabupaten iaitu Kabupaten Pandeglang, Serang, Lampung Selatan dan Tanggamus," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Jumlah berkenaan dikhuatiri terus meningkat kerana pasukan mencari dan menyelamat masih belum dapat memasuki semua kawasan yang terjejas akibat tsunami itu. 


Detik cemas dibadai tsunami

Imbas kembali rakaman video tsunami melanda Banten, Indonesia sewaktu persembahan band seventeen berlangsung secara tiba-tiba pada waktu malam bertarikh 22 Disember 2018 hari Sabtu. 

Dalam beberapa saat sahaja semuanya musnah dipukul Tsunami.





'Selamat jalan teman-temanku'

Menerusi sebuah entri di Instagram yang dikongsi vokalis kumpulan ini, Iffan, dia memuat naik gambar rakan-rakan ahli kumpulannya dan minta agar semua mendoakan dan memaafkan rakan-rakannya yang telah terkorban dalam bencana Tsunami itu. Sangat menyayat hati netizen dan pengikut Istagram yang membaca 'caption' vokalis kumpulan Seventeen itu. 

'Cepat pulang sayang...'


Pengurus mereka juga, Oki Wijaya juga turut maut dan lebih menyedihkan lagi isteri kepada vokalis, Dylan Sahara juga belum ditemui. Iffan memuat naik gambar bersama isterinya dan sangat menantikan kepulangan isterinya yang belum ditemui sehingga kini selepas badai tsunami melanda pada malam Sabtu itu.