(VIDEO) Cubaan Panjat & Duduk di Pemegang Tangan Eskalator, Budak Lelaki Jatuh Menjunam Dari Tingkat 3
Seorang kanak-kanak lelaki berada dalam keadaan kritikal kerana terjatuh menjunam dari tingkat 3 eskalator di pusat beli belah di Dongguan, China.
![]() |
Kanak-kanak lelaki itu berdiri di platform sisi eskalator dan cubaan untuk tolak dirinya ke atas pemegang tangan eskalator |
CCTV rakaman menunjukkan cubaan kanak-kanak yang memakai baju berwarna biru dan putih uniform sekolah itu, melompat dan memanjat platform sisi eskalator tersebut untuk duduk di atas pemegang tangan eskalator.
![]() |
Dia kehilangan keseimbangan dan jatuh ke belakang dari eskalator di tingkat tiga di Dongguan, China |
Lebih mengerikan apabila video rakaman menunjukkan yang dia seakan-akan hilang imbangan diri ketika melompat untuk panjat ke pemegang tangan eskalator tersebut sebelum jatuh ke menjunam ke bawah dari tingkat 3. Menurut laporan, kanak-kanak lelaki tersebut mendarat di tingkat dua selepas jatuh dari tingkat 3, kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Sumber : Dailymail
Post a Comment