Header Ads

(VIDEO) Penunggang Basikal Jatuh Selepas Dilanggar Dengan Sengaja, Akibat Hilang Tolak Ansur Di Jalanraya


Rakaman video kejadian amukan dan marah di jalanraya yang melibatkan seorang penunggang basikal dan pemandu lori berwarna biru di Singapore kini tular di laman sosial Facebook sehingga mendapat lebih 2 Juta tontonan dan mendapat 26K 'share' oleh pengguna Facebook. 

Sememangnya, adalah sukar untuk memandu pada satu 'lane' bersama dengan orang yang sedang berbasikal. Kebiasaanya, penunggang motosikal atau basikal yang menggunakan laluan yang sama di jalanraya memang akan secara automatiknya ke tepi jalan sedikit kerana memberi laluan kepada kereta atau kenderaan 4 roda. 

Dalam kes ini, penunggang berbasikal itu seakan-akan sengaja dan sangat mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggunjawab kerana memandu di tengah-tengah satu laluan tanpa beri laluan kepada lori tersebut. Kemudian, lori tersebut menekan 'hon' sebanyak dua kali. Dua hon itu hon pertama adalah untuk meminta penunggang berbasikal itu beralih ke tepi (bukan memandu di tengah jalan) dan hon kedua adalah bila dia mengabaikan hon daripada lori untuk kali pertama tadi.

Bagaimanapun, penunggang basikal itu pergi bersebelahan lori dan menghentak cermin sisi lori tersebut. Dan pemandu lori itu terus menunjukkan perasaan lalu melanggar penunggang berbasikal tersebut sehingga jatuh di tepi jalan yang berumput hanya untuk menyedarkan penunggang berbasikal itu terhadap perbuatannya. Pelumba itu jatuh ke tanah tetapi tidak tercedera. Dia berdiri dan pemandu lori itu berhentikan kenderaannya.






Penunggang Bersemuka Dengan Pemandu Lori Biru  Di Tepi Jalan 



Penunggang motosikal itu bersemuka dengan pemandu lori tersebut dan seakan-akan tidak berpuas hati kerana dilanggar sehingga jatuh tetapi tiada kecederaan. 
Sumber : ROADS.sg


No comments

Powered by Blogger.
a