Header Ads

5 Tips Berkesan Atasi Bibir Gelap Disebabkan 'Lipstick'


Wanita dan lipstick memang takkan dapat dipisahkan. Wanita memang secara fitrahnya sukakan kecantikan baik dari segi pakaian, solekan dan sebagainya. Jarang-jarang wanita sekarang yang tidak suka mengenakan lipstick pada bibir mereka. Tambahan pula, sekarang pelbagai jenama mengeluarkan lipstick yang pelbagai jenis. Tetapi jenis lipstick juga memainkan peranan kerana boleh memberi kesan gelap pada bibir anda. Bagaimana untuk elakkan dari bibir jadi gelap ?

Jom baca entri penuh di bawah.

Betul ke pakai lipstick buat bibir jadi gelap?
Keadaan ini bergantung pada jenama, kualiti bahan-bahan yang digunakan di dalamnya serta bagaimana anda menjaga bibir anda.
Di dalam produk untuk bibir seperti lipstik, lipmatte, lip tint dan sebagainya; terdapat pigmen berwarna di dalamnya. Pigmen ini akan meninggalkan ‘stain’ atau kesan pada kulit bibir.
Jika anda tidak menanggalkan atau mencuci dengan betul sebelum tidur, dan kemudian bila bangun esok pagi, dan pakai gincu yang sama sekali lagi, ya.. sudah tentu bibir anda lama kelamaan mungkin berubah warna dan menjadi lebih gelap.
Bibir mudah untuk mendapat kesan gelap akibat pigmen berwarna kerana kulit di bibir sangat nipis berbanding kulit di wajah.
Kulit bibir, cuma terdiri dari 3-5 lapisan selular, ia sangat tipis berbanding dengan kulit muka biasa, yang mempunyai sehingga 16 lapisan.
Bibir gelap adakalanya buat wanita rasa rendah diri dan penggunaan lipstik antara yang dilihat untuk menutup kelemahan

Lipstik dengan pelbagai pilihan warna sememangnya menjadi kesukaan ramai wanita

5 tips elak bibir jadi gelap
 
Ini #5TIP yang dapat mengurangkan kejadian bibir menjadi gelap :
  1. Apabila pulang ke rumah, tanggalkan kesan gincu pada bibir dengan menggunakan ‘makeup remover’. Jangan di gosok terlalu kasar, lap lah perlahan-lahan kesan gincu itu sehingga bersih.
  2. Selain ‘makeup remover’, anda juga boleh mengggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa dara untuk menanggalkan kesan warna pada bibir.
  3. Seminggu sekali, disarankan untuk melakukan scrub bibir untuk menanggalkan sel kulit mati pada bibir. Ini dapat memastikan semua pigmen warna dari gincu dapat dibersihkan sepenuhnya dan dapat mengelakkan akumulasi pigmen. Mudah saja nak buat scrub bibir ni. Saya sendiri pun cuma gunakan campuran gula dan madu saja. Bibir pun lembut, lembap dan tidak mengelupas. Alhamdulillah, setakat sekarang saya tidak pernah ada masalah bibir.
  4. Sebelum mengoles sebarang gincu atau lipmatte, sapu lah LIPBALM terlebih dahulu sebagai perlindungan pertama pada bibir. Yang terbaik, pakai lipbalm yang mengandungi ciri-ciri SPF.
  5. Jika boleh, elakkan lah lip tint/paint yang warnanya boleh kekal lama di kulit bibir sampai 12 jam. Saya pernah cuba uji sapu lip paint di lengan, terkejut juga sebab hanya lepas 2 hari ia tertanggal sepenuhnya. Bayangkan warna itu kekal lama di kulit bibir kita? Sudah pasti pigmen warnanya bersentuhan lama dengan kulit bibir dan meningkatkan risiko bibir gelap.
Justeru, memakai LIPSTIK yang tidak mempunyai kesan tahan lama pada bibir juga sebenarnya adalah satu kelebihan.
Apa pun terpulang pada pilihan masing-masing, ya..
Tepuk dada, cermin diri.
Sumber : Facebook 

No comments

Powered by Blogger.
a