Header Ads

Anggota JPJ Dihunus Pisau, Akibat Gagal Ujian Memandu



Seorang penuntut kolej mengalami tekanan akibat gagal ujian memandu buat kali keempat, lalu menghunuskan pisau terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di persimpangan lampu isyarat di Batang Benar, Mantin, di Nilai, semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, dalam kejadian 10.23 pagi itu, suspek lelaki berusia 18 tahun berkenaan menjalani ujian memandu bersama anggota JPJ berusia 34 tahun terbabit.

Ujian ulangan kali keempat
Katanya, penuntut itu yang menjalani ujian ulangan buat kali keempat melakukan beberapa kesalahan termasuk tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.
“Berikutan itu anggota terbabit memberitahu calon dia gagal lalu meminta memberhentikan kereta 50 meter dari persimpangan lampu isyarat.

Suspek mengeluarkan pisau pemotong berukuran 30 cm


“Ketika mahu menukar pemandu, suspek mengambil beg yang dibawa lalu mengeluarkan pisau pemotong sayur berukuran 30 sentimeter,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Pisau dihunus pada rusuk kanan anggota JPJ
Mohd Nor Marzukee berkata, suspek menghunuskan pisau pada rusuk kanan anggota JPJ berkenaan dan dengan tegas memaklumkan mahu lulus ujian memandu.

Sempat selamatkan diri
“Anggota terbabit bagaimanapun dapat membuka pintu kereta lalu keluar dari kenderaan berkenaan sebelum menghubungi penyelia calon dan polis bagi mendapatkan bantuan,” katanya.
Menurutnya, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan membawa suspek ke Balai Polis Mantin, di sini.

Suspek negatif dadah
“Ujian air kencing turut dilakukan ke atas suspek yang berasal dari Kuala Lumpur namun mendapati dia negatif dadah. Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh,” katanya.

Sumber : metro

No comments

Powered by Blogger.
a