Header Ads

'Apeni saya makan kat sini bayar, bukan nak dengar orang muntah2!' - Hanis Zalikha kongsi cerita dugaan hamil & 'ending' buat Netizen sebak



Pernah dengar orang kata cabaran mengandung setiap satu wanita diuji berbeza-beza. Ada yang tiada alahan langsung tetapi dugaan sakit selepas melahirkan, ada yang muntah sampai usia kandungan mencecah second trimester dan macam-macam lagi. Tetapi semua itu adalah ganjaran di akhirat sana untuk pengorbanan bagi setiap ibu. Suami hanya perlu menghargai setiap pengorbanan si isteri dengan menyayangi mereka sepenuh hati kerana berat ujian bagi mereka bergelar ibu.




Blogger dan usahawan terkenal, Hanis Zalikha berkongsi cerita kisah dia dan suaminya pergi bersarapan di sebuah kafe, kemudian Hanis mengalami alahan muntah teruk seusai sarapan.

Lantas, seorang lelaki berusia yang juga pelanggan di kafe tersebut telah memarahi tuan kedai kerana mendengar Hanis muntah berterusan. Ikuti kisah penuh di bawah.



Cuba tahan tak nak muntah

I am in my second trimester. Perut dah besar. Tapi masih loya teruk. Tadi baru lepas muntah pagi dan tiba-tiba teringat satu kejadian waktu mengandungkan Yusuf dulu. Ada satu pagi tu, kitorang on the way pergi office, dan setiap kali pergi office kami akan singgah satu cafe ni untuk sarapan sebelum masuk kerja. Jadi kami pun order makanan yang biasa kami makan dan mula bersarapan. Dah nak selesai macam tu Hanis mula loya balik. Ya Allah cuba tahan taknak muntah (sebab sayang makanan & taknak lemah satu badan lepas muntah),


Malangnya, keluar juga segala isi perut 

Ya Allah cuba tahan taknak muntah (sebab sayang makanan & taknak lemah satu badan lepas muntah), tahan punya tahan tapi lari jugak ke tandas cafe tu. Dan buwekkkkk keluar segala isi perut. Sambil air mata mengalir. Dalam 5minit berbuwek buwek, selesai episod duka lara dalam tandas, terus cuci mulut, betulkan tudung dan keluar buat macam biasa. Pastu duduk dan tunggu suami habis makan. Time ni dah tak larat nak makan apa2 dah. 


Staff kedai pandang-pandang

Tertoleh ke kiri nampak staff situ (warga asing) macam pandang tapi bukan macam pandangan biasa. Tanyalah suami ayang kenapa staff tu pandang I macam lain. Taktau nak cakap lain camne tapi memang lain. Pastu suami cakap takde apa2.



Rupa-rupanya...

Tapi tak puas hati, tanya dia banyak2 lagi. Finally dia cerita time Hanis muntah, kedengaran juga dari luar sebab tandas dalam cafe kan. (Omg malunyaaa). Pastu ada pakcik tua ni buat muka annoyed sangat2 selama kedengaran Hanis muntah tu. Pastu time dia bayar kat cashier dia bising2 sampai satu cafe dengar, dia cakap “apeni saya makan kat sini bayar, bukan nak dengar orang muntah2!” (Something along the line tapi memang unpleasant to hear).




Hairul, suami kepada Hanis dengan berani menjawab....


So my husband walked up to him and said “ye abang, kenapa? Minta maaf ya yang muntah tu isteri saya dan dia mengandung”. Terus pakcik tuh macam “takdelah *mumble2*” dan berlalu pergi.

Suami adalah pelindung 

Hanis meluahkan, 'Bila-bila terkenang balik kejadian tu, baru faham sendiri maksud: Suami adalah pelindung. Walau dalam ketiadaan kita dia melindungi kita'. 


Status dimuat naik Hanis Zalikha ini juga mendapat perhatian netizen.








Sumber : Hanis Zalikha , mahsuri

No comments

Powered by Blogger.
a