Header Ads

"Ara dah nak pergi ni, Ummi..." - Anak beri 'petanda' selama 40 hari sebelum meninggal dunia


Bermula hari 40 sebelum dijemput Ilahi, anak syurga ini bernama Nur Syifa Zara berusia 5 tahun berkongsi tanda dia dah bersedia untuk bertemu yang Maha Esa. Sungguh kuat hati kedua ibu bapa arwah Zara apabila tanda-tanda jelas sudah Zara berikan sebelum dia pergi buat selamanya. 
Anak syurga ini disahkan menghidap penyakit Aplastik Anemia, iaitu penyakit sum-sum tulang yang tidak berfungsi untuk menghasilkan darah sendiri.
Pertarungan nyawa anak kecil ini sudah berakhir, namun kenangan 40 hari buat ibunya sepanjang menemani saat-saat terakhir Zara disisi adalah sukar dipadamkan.
Tambah sayu di hati, apabila anak syurga ini sering memberi petanda kepada ibunya bahawa dia akan ‘pergi’ sepanjang 40 hari terakhir bersama keluarganya.
Ikuti kisah daripada ibu allahyarham Nur Syira Zara ini, yang diceritakan di Majalah Keluarga.
Zara selalu cakap yang dia akan ‘pergi’
Selama 30 hari Zara cakap, “Ara dah nak pergi ni ummi…”
Tanda Pertama 40 Hari
Tanda pertama 40 hari, maka bermulalah kiraan 40 hari menghadapi pemergian Nur Syifa Zara.
Sakit kat pusat macam di cucuk jarum
“Selepas asar, antara asar dan maghrib dia beritahu saya sakit pusat macam di cucuk jarum. Tiga hari berturut-­turut dia alaminya.”
Zara beritahu dia berasa sakit di bahagian pusat di wad. Lepas seminggu keluar wad, dia cakap pada semua jururawat yang dia akan balik kampung.
Selepas itu, setiap hari menjelang senja dia akan beritahu nak balik dah. Walaupun masa tu kat rumah, dan bukan di wad. Sejak itu, saya sebagai ibu faham maksud Zara.
Pergi main di taman dengan kawan-kawan. Abah Ummi dan Adik tak boleh ikut

Setiap hari dia akan kata macam ni, “Ara dah nak pergi ni Umi.”
Bila duduk diam­-diam je, ayat ini akan keluar. Katanya dia akan pergi main di taman dengan kawan­-kawan. Saya dan abah serta adik tak boleh ikut.
“Umi, pak cik tu ikut kita lama dah. Sampai balik sini pun dia ikut…”
15 hari sebelum arwah Zara pergi 
15 hari sebelum arwah Zara pergi dijemput Ilahi, kami balik kampung sebab mak mentua saya meninggal dunia. Sewaktu di perhentian bas, dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Asyik cakap ada pakcik ikut, ummi tak nampak sesiapa ikut
Dia tanya saya, “Umi, pak cik tu ikut kita lama dah. Sampai kita balik sini pun dia ikut.”
Masa itu senja selepas asar. Dia tunjuk ke arah satu surau berdekatan terminal bas. Tapi saya tak nampak siapapun. Sehinggalah Zara dimasukkan semula ke wad pada 12/12/2018, dia masih cakap pak cik yang sama ikut dia, nak bawa Zara pergi taman.
Lepas asar, mesti suruh buka tingkap
Apabila dengar Zara cakap macam tu, saya faham dan cuba istighfar. Saya didik hati untuk redha setelah dengar tanda yang Zara tunjukkan di wad.
Masa itu, Zara demam dan setiap kali selepas asar, dia mesti suruh buka langsir. Katanya, ada abang hijau. Setiap hari selama tiga petang berturut-­turut.
Umi jangan risau, Ara ramai kawan kat sana!”
Abang putih datang melawat
Hari ketujuh bersama Zara.
7 hari terakhir 
Selepas asar, permintaan Zara masih sama. Saya kena buka langsir tingkap. Katanya, abang putih datang melawat dia, iaitu seminggu sewaktu dia tengah tenat.
Pada waktu siang Zara akan banyak tidur, dan bila malam dia akan kejutkan saya, minta saya berselawat untuknya sampai pagi. Katanya, bila saya selawat akan dapat hilangkan sakit dia.
Sejak itu, bila dia sakit dia suruh saya berselawat untuknya. Sambil itu dia akan cerita kisah taman-­taman dia.. taman salji, taman bola, taman mainan, dan banyak kawan.
Umi jangan risau, Ara ramai kawan kat sana
Dia juga pujuk saya, “Umi jangan risau, Ara ramai kawan kat sana.”
Ayatnya masih juga sama, “Umi tak boleh ikut. Ara pi dengan kawan­-kawan je.”
... Ara akan pergi..

Waktu itu, saya dapat hidu rambut Zara, wanginya. Mulut Zara, ya Allah.. sungguh wangi. Sedangkan sudah seminggu Zara tak mandi.
Seminggu sebelum dia pergi, dia dah beritahu saya yang dia akan balik, dan minta saya jangan menangis.
Sayunya bila dia kata, “Nanti dah tak payah datang hospital lagi, tak payah jumpa nurse lagi, tak payah buat grab lagi. Sebab Ara dah nak pergi.”
Umi, macam mana Ara nak pergi ni. Dah rosak semua…
Permintaan dua hari terakhir
Zara minta saya bersihkan badan dia. Bersihkan semua pelekat hospital yang ada sisa getah gam sambil dia merungut.
Dia pegang dada dekat bekas operation tu. “Macam mana Ara nak pergi ni. Dah rosak semua. Dah tak cantik dah.”
Abah dia jawab, “Ara anakku. sayang kat sana nanti, Ara akan tetap cantik. Semua ini akan hilang sayang.”
Baru dia tersenyum, “Ya Allah, manisnya senyuman dia masa itu. Seri muka dia… bau badan dia.”
Tapi kami berdua berpelukan menangis semahunya sebab kami tahu waktu itu akan tiba.
Zara pernah beritahu Hari Jumaat adalah Hari Raya untuknya
Umi, nanti buat kenduri hari Jumaat ye!
Hari Jumaat terakhir Zara, adalah hari raya untuk anak ummi Nur Syifa Zara.

Nur Syifa menghembuskan nafas terakhir di hospital pada malam Jumaat, 28 Disember 2018. Malam itu, ummi terus membawa jenazah pulang, kerana sebelum pemergian arwah pernah beritahu, sebelum pergi taman, Ara nak balik rumah dulu. Nak tukar baju dulu.
Ya, baju putih untukmu sayang.”

Zara ada beritahu, hari Jumaat adalah hari raya untuk Zara.
Umi buatlah kenduri hari Jumaat tu. Umi buatkan kuih. Kenduri tu cuma untuk abang-­abang (lelaki) saja.”
Ya, memang hari Jumaat tu hari raya dia. Zara dikebumikan pagi Jumaat, dan memang hari tu pada solat Jumaat buat kenduri.”
Persiapan kenduri itu, saya dan kawan­-kawan dah sediakan pada hari Rabu lagi. Kawan dah tempah kuih semua. Sebab hari Selasa malam Rabu, dia dah beritahu dia akan pergi malam Jumaat tu.
Suami berhenti kerja, untuk temani hari terakhir bersama Zara…
Hari Rabu tu, suami balik rumah siapkan apa yang patut. Ambil kain batik tak jahit dan sebagainya. Sebab Zara dah beritahu setiap suatu perjalanannya, senang untuk kami sediakan.
Hati tak payah nak cakap… selama 40 hari saya menangis. 40 hari itu saya berendam air mata. Saya cuba redha dan rela. Dalam tempon itu, kami tak pernah berenggang langsung. Sampai suami saya berhenti kerja mahu hargai masa yang ada dengannya.
Kami nak bersama dengannya hingga hembusan nafas yang terakhir. Setiap saat amat berharga buat kami.”
Sedih hanya Allah yang tahu
Hampir 2 bulan suami berhenti kerja, dan sekarang baru kerja kembali. Ini permulaan yang baru buat kami. Sedih hanya Allah yang tahu. Macam mana pun saya kena kuat, demi anak kedua.
Saya akan cari kerja nanti. Nak kumpul duit, siapkan kubur arwah. Insya-Allah kami nak letak rumpur dan tulis nama je. Bukan buat binaan kekal. Doakan kami murah rezeki ya.”
Sama-sama kita sedekahkan AL-Fatihah buat arwah adik Nur Syifa Zara.
Sumber : Mingguan Wanita 

No comments

Powered by Blogger.
a