Header Ads

Bayi lahir dari rahim nenek


Seorang wanita di wilayah Shaanxi, China yang menerima rahim ibunya selepas pemindahan uterus pada November 2015 selamat melahirkan bayi lelaki sihat pada Ahad lalu.

Bayi seberat 2 kilogram dan berukuran 48 sentimeter panjang itu dianggap sebagai bayi pertama di Beijing dan yang ke-14 di dunia yang berjaya dilahirkan melalui rahim transplan di sebuah hospital di Xi'an.

Media tempatan menamakan wanita itu sebagai Yang Hua, 26, lahir tanpa uterus, namun mempunyai ovari untuk menghasilkan telur.


Ketika pemindahan pertama rahim di China itu dilakukan, Yang berumur 22 tahun manakala ibunya berusia 43 tahun.

Difahamkan, transplan uterus bukan prosedur baharu di dunia.

Pada 1960-an, Britain dan Amerika Syarikat mula melakukan eksperimen pemindahan uterus terhadap haiwan.

Pada tahun 2000, transplan pertama di dunia dilakukan ke atas seorang wanita Arab Saudi berusia 26 tahun, namun prosedur itu gagal dan ia terpaksa dikeluarkan semula selepas tiga bulan.

Pengarah perubatan obstetrik dan ginekologi Hospital Xijing, Dr Chen Biliang berkata, pemindahan uterus tetap menjadi cabaran perubatan ketika ini kerana pelbagai komplikasi termasuk penolakan tubuh penerima atau saluran darah terpotong ketika pemindahan boleh berlaku.

Jelasnya, pemindahan uterus telah menjadi cara berkesan untuk wanita mengalami masalah kemandulan rahim untuk mempunyai bayi mereka sendiri.


Sumber : Xinhua

No comments

Powered by Blogger.
a