Header Ads

Bayi maut tersembam dalam baldi berisi air

Gambar sekadar hiasan

Kes kematian kanak-kanak akibat kecuaian pengasuh makin menjadi-jadi. Lain pula kali ini, bayi maut dalam jagaan kedua ibu bapa di sebuah rumah. 
Luluh hati suami isteri apabila anak bongsu kesayangan berusia 18 bulan maut selepas ditemui tersembam dalam baldi berisi air di dalam tandas rumah mereka di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, semalam.

Bayi tiada di tempat tidur 
Mangsa ditemui dalam keadaan kebiruan dan tidak sedarkan diri dalam baldi berkenaan oleh ibu bapanya kira-kira 12.30 tengah hari, selepas bayi lelaki itu didapati tiada di tempat tidur dalam bilik mereka.

Ibu bapa tidur letih bekerja 
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika ibu bapa mangsa sedang tidur selepas keletihan bekerja.
Beliau berkata, sebaik bapa mangsa bangun tidur kira-kira jam 12 tengah hari, dia terkejut mendapati anak bongsu daripada sembilan beradik itu tiada di tempat tidur, lalu mengejutkan isterinya berusia 47 tahun.

Mencari serata rumah
“Mereka kemudian mencari di serata rumah sebelum menemui bayi itu dalam keadaan tersembam dan tidak sedarkan diri dalam baldi berisi air di dalam bilik air.
“Bapa mangsa berusia 40-an bersama isterinya kemudian mengejarkan kanak-kanak itu yang sudah kebiruan ke Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, untuk mendapatkan rawatan.

Disahkan meninggal akibat lemas 
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas kira-kira 50 minit diberi bantuan kecemasan di klinik berkenaan," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu , hari ini.

Pintu bilik air rosak
Suffian berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan hasil bedah siasat selama lima jam mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas.
Beliau berkata, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi sapu mendakwa pintu bilik air rumah mereka rosak, menyebabkan bayi itu sering masuk ke bilik air sebelum mereka tidur.

Ibu bapa perlu peka dengan pergerakan anak-anak
Sementara itu Suffian menasihatkan ibu bapa supaya peka dengan pergerakan anak masing-masing, terutama mengelak anak mereka masuk ke bilik air tanpa pengawasan yang boleh mengundang bahaya dan kejadian tidak diingini.

Sumber : hmetro

No comments

Powered by Blogger.
a