Header Ads

'Bontot Kuali' Bersinar Bak Baru Dibeli, Ini Rahsianya Hanya Dengan Satu Bahan Ajaib!





Ramai mak mak di serata dunia yang mengalami bahagian belakang kuali masing-masing hitam berkerak dan ada sehingga berkarat. Kebiasaannya juga tak ramai yang tahu untuk membersihkan dan menyental belakang kuali dengan cara yang betul dan paling mudah. Paling teruk lagi bila kuali dibasuh cuma dibahagian depan tempat memasak sahaja. Yang di bahagian belakang dilupakan begitu saja hingga hitam sehitam-hitamnya.


Dengan hanya menggunakan sabun buku berharga RM15 ini dan tanpa kuasa menyental terlalu kuat, anda mampu miliki 'bontot kuali' bagai baru dibeli!

Perkongsian dari pengguna Facebook nama Fara Amirullah di laman Facebooknya, dia menjelaskan cara-cara mudah kembalikan bontot kuali anda yang hitam tak terkata tu.

Siapa still suka guna kuali mcm ni?


Tapi yang selalu jadi masalah bontot kuali tu always hitam berkerak kadang-kadang bila my mom datang rumah habis kena bebel, dia memang cukup pantang kalau bontot kuali hitam berkerak gini pemalas katanya.
Nak sental bagi berkilat not an easy task ye, mau sado lengan menyental. Now no more i guna sabun buruh sental manja-manja je terus berkilat bontot kuali i.

Satu blok ni ade 10 buku RM5 lebih je, berbaloi!



Sagat and lumur kat bontot kuali yg berkerak tu, biar dalam 5 minit and sental la.. Tak payah sental kuat2 pon kerak2 tu akan jatuh, jimat masa jimat tenaga jimat duit!




Ni kalau mak nak datang rumah spot check kuali pon tak ade hal, kuali ceq dah berkilat-kilat. 
Lihat hasilnya...

So mak-mak yang nak tengok kuali-kuali kesayangan tu berkilat-kilat pergi beli sabun buruh ni, dalam RM5 lebih macam tu je tak silap ada 10 buku, berbaloi-baloi.

Selamat mencuba!

Sumber : Facebook 

No comments

Powered by Blogger.
a