Header Ads

“Dapat Seorang Anak Pun Dah Memadai Sangat-Sangat”.


Pasangan yang sudah berkahwin manapun pasti impikan cahaya mata, sama seperti pelakon Siti Elizad, tiada apa yang lebih berharga melainkan ingin memiliki zuriat sendiri. Usia perkahwinan beliau yang kini sudah mencecah empat tahun, dan sebelum ini dia sendiri pernah berkongsi cerita, dia sangat menginginkan seorang cahaya mata.

Jika anda ada mengikuti artis tersebut, akaun instagram Elizad ada memaparkan pelakon tersebut baru sahaja berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama suami.
Menerusi entri terbaru, Elizad menyertakan doa agar dia dan pasangan dikurniakan zuriat serta memohon orang ramai turut mendoakan untuk mereka sambil mengupload gambar dia bersama seorang kanak-kanak perempuan banyak menyentuh hati siapa sahaja yang melihatnya.

“Wahai Tuhanku, Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik . Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan dari hamba-Mu.
“Doakan kami punya zuriat yg sihat, cantik & sempurna ya semua, dapat sorang pun dah memadai sangat-sangat. Saya juga mendoakan buat para isteri seperti saya . Moga punya rezeki buat kita semua,” tulisnya.


Diruangan komen, rata-rata peminatnya turut mendoakan agar Elizad dipermudahkan untuk menimang cahaya mata serta memberikan kata-kata semangat agar pelakon itu dia berhenti berdoa.

No comments

Powered by Blogger.
a