Header Ads

Gara-gara tak pandai 'make-up', isteri cedera parah dipukul suami


Seorang suami telah melakukan kekerasan dalam rumah tangga akibat kecewa dan marah terhadap isterinya yang tidak tahu bersolek. Si suami menganiya isterinya hingga cedera parah.

Si suami membuat kekerasan terhadap isterinya lebih dari sekali. Apabila si isteri sudah tidak mampu lagi menanggung kesakitan, kemudian dia membuat laporan polis kelmarin.

Kejadian ini berlaku di Kabupaten Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia. Si isteri yang berumur 23 tahun manakala si suami berumur 31 tahun dan juga seorang tukang jahit. Mangsa membuat pengakuan yang dia dicederakan oleh suaminya akibat tidak tahu bersolek.

Ada satu ketika si suami dan isteri pergi ke satu majlis, kemudian pulangnya dari majlis tersebut si isteri dimarahi suami kerana dia berasa malu mempunyai isteri yang tidak tahu bersolek.

Lebih teruk lagi apabila si suami memukul muka mangsa dengan topi keledar hingga menyebabkan hidungnya berdarah. Si suami mengetuk lutut isteri dengan menggunakan kunci motosikal berulang kali. Dia juga menendang bahagian muka isterinya dengan menggunakan kaki kanan. Kesan daripada kekerasan itu, si isteri mengalami lebam dan luka di kelopak mata kanan, batang hidung dan merasa sakit kepala.

Selepas laporan dibuat, si suami telah ditangkap dan mengaku dia melakukan perbuatan itu kerana isterinya tidak tahu bersolek.

Si suami kemudiannya didakwa melakaukan keganasan rumah tangga yang jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun atau denda sehingga 15 juta rupiah bersamaan RM4,400.

Sumber : Detik News

No comments

Powered by Blogger.
a