Header Ads

Gara-gara 'Walkie Talkie', Seorang Rakyat Malaysia Ditahan & Dipenjara Di Thailand, Perlu RM 51,000 Untuk Ikat Jamin



Seorang warga Malaysia yang bertugas sebagai pemandu pelancong dan pertama kali ke Thailand telah ditahan di Penjara Thailand. Menurut isterinya, Nur Afiqah binti Baharuddin, sebelum bertolak ke Thailand, suaminya iaitu Wan Mohamad Amirul Adib begitu teruja untuk ke negara itu dan tidak sabar untuk menikmati masakan di sana.




Ditahan kerana Walkie Talkie



Menurut Nur Afiqah, suaminya bertolak dari Perak bersama pelancong pada 14 Disember lalu. Namun ketika sampai di Sadao, Thailand, ada sekatan jalan dan suaminya ditahan kerana memiliki walkie-talkie.


Adib pertama kali kerja menjadi pemandu pelancong dan pertama kali pergi keluar negara.Excited buat passport. Adib dah fikir nak makan kat Hatyai tu makanan sedap-sedap.
14.12 – Bertolak ambil pelancong di Perak terus menuju ke sempadan. Dah lepas border semua lepastu dekat Sadao ada roadblock. Adib kena tahan sebab Walkie Talkie. Then Adib call yang bawa satu lagi kereta supaya sorok Walkie Talkie. Adib ingat kes ni kecil boleh settle. Rupanya kes ni berat. Lagi berat dari bawa pistol.


Disaman atas 3 kesalahan
Adib bersama isteri dan anaknya 

Keesokannya Adib dimasukkan ke dalam penjara di sana sehingga kini. Lelaki itu disaman atas 3 kes iaitu memiliki walkie-talkie, pas pelancong dan permit kenderaan. RM 51 ribu diperlukan untuk mengikat jamin suaminya itu.



400K Baht bersamaan RM 51,000 sebagai ikat jamin

15.12 – Masuk penjara disana. Sampai sekarang masih disana. Nak jamin Adib kena ada 400k Bath / RM 51 ribu. Harga tinggi sebab Adib bukan warganegara Thailand.
Adib disaman atas 3 kes :-
1. Walkie Talkie
2. Pas pelancong
3. Permit kenderaan
Sepatutnya kes diatas, syarikat yang Adib bekerja patut tahu sebelum masuk negara orang. Sekarang ni yang duduk dalam penjara Adib , dah la pertama kali masuk penjara , negara orang pulak tu. Sebab semua kes tu jatuh ke Adib sebab dia pemandu pelancong.



Bantu Adib

Boss Adib ada bagi duit tapi tak banyak hanya setengah sahaja bkn separuh. Boss kata dia tak mampu kalau banyak sangat sebab perniagaan dia baru berjinak 2 tahun lebih. Jadi sekarang ni kami dah ada separuh dari 51k dan nak cari lagi separuh.
Kami nak minta jasa baik semua untuk bantu Derma Kilat walaupun Rm 1 itu dah memadai.
Boleh bank in acc :- 12289020080097
Bank Islam
Nur Afiqah Binti Baharuddin
Ref :- Bantu Adib
Sesiapa nak tanya lebih lanjut boleh whatsapp / call :- 019 398 7679
Hanya Allah sahaja dapat balas jasa baik semua dan doa kalian juga dapat meringankan beban kami semua. Aminn.




No comments

Powered by Blogger.
a