'Hapus Tabiat Gigit Belakang Kasut Baru Tu!' - Ketahui 6 Teknik Mudah Elak Kaki Melecet
Kasut dah cantik, bertumit tinggi (untuk perempuan), kasut favorite pula tu tapi fikir seribu kali setiap kali nak pakai sebab takut melecet lepas pakai! Sakit!
Pernah dengar petua 'gigit kasut baru tu kalau taknak kaki melecet' ? Ha dah boleh lah simpan petua tu dalam peti. Mari praktik kan 6 teknik di bawah dalam kehidupan anda.
1. Lekatkan Plasters
Cara ini anda mungkin nampak biasa dibuat untuk masalah ini, tetapi ianya sangat berkesan. Tampal plaster tersebut pada bahagian yang selalu terkena melecet, lebih-lebih lagi belakang tumit kaki anda. Tips ini sangat membantu bagi wanita yang ingin memakai kasut tumit tinggi.
2. Taburkan Bedak Bayi Dalam Kasut
Dengan meletakkan bedak, gesekan antara kaki dan kasut akan berkurangan kerana ada permukaan lembut yang mengurangkan potensi darpada kaki melecet. Teknik ini berkesan jika anda tidak memakai stokin. Tapi ingat, kaki mesti dalam keadaan kering.
3. Sapu Deadorant Di Kaki
Deodorant kita tahu berfungsi untuk digunakan di ketiak, tetapi tak ramai orang tahu ianya boleh digunakan di kaki juga untuk elakkan daripada kaki anda melecet. Pastikan pilih deodorant roll-on supaya bahagian yang kerap melecet itu menjadi licin, tidak kasar. Jangan pakai deodorant spray!
4. Beg plastik dan air
Isi air dalam plastik, kemudian masukkan plastik berisi air tadi ke dalam bahagian jari dalam kasut tersebut, kemudian masukkan kasut itu ke dalam peti ais di bahagian beku semalaman. Apabila air di dalam plastik itu membeku, plastik itu akan turut mengembang dan melonggarkan kasut tersebut. Selepas itu, anda akan dapat rasakan kasut anda menjadi lebih besar sedikit.
5. Tampal Tape Pada Jari Kaki Ketiga & Keempat
Cuba dulu baru tahu keberkesanannya...Memang menjadi!
6. Pakai Stokin Tebal
Cara keenam ini bagi tujuan melonggarkan kasut anda yang anda rasa ketat sampai boleh melecet. Sarungkan sepasang stokin tebal dan pakai kasut anda. Kemudian ambil pengering rambut dan halakan pada kasut anda yang anda rasa ketat sehingga anda rasa sedikit baik dari sebelumnya. Seterusnya, teruskan berjalan sedikit, dan pakai sehingga anda rasa kasut tadi sudah betul-betul sejuk / tiada haba pengering rambut tadi. Ulangi prosedur jika diperlukan. Kasut akan mengembang disebabkan haba, dan akan menjadi lebih fleksibel dan lembut. Teknik ini berkesan pada kasut yang diperbuat daripada bahan semulajdi seperti kulit.
Kongsi tips mudah ini pada rakan dan ahli keluarga anda. Selamat mencuba!
Sumber : brightside
Post a Comment