Header Ads

"Hidungnya berdarah, tubuhnya pucat, mata lebam", Bayi Meninggal Dunia Dalam Jagaan Pengasuh

Kes kematian kanak-kanak terutamanya bayi yang belum mencecah 1 tahun di rumah pengasuh semakin menjadi-jadi. Punca di sebalik kejadian buat semua pihak tertanya-tanya atas sebab kecuaian pengasuh atau pun sebab lain sehingga boleh meragut nyawa bayi.
Terkini, bayi lelaki berusia tujuh bulan meninggal dalam jagaan pengasuhnya. 

Pendarahan dalam kepala
Bayi lelaki berusia tujuh bulan meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala ketika dalam jagaan pengasuhnya di sebuah rumah di Kampung Setia Jaya, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.
Kejadian disedari ibu mangsa jam 12.15 tengah hari ketika dia ke rumah pengasuh untuk melihat bayinya sebelum mendapati anaknya tidak sedarkan diri dan tubuh pucat selain bawah mata kanan anaknya lebam serta hidung berdarah.



Bayi dah terkulai lemah, darah penuh di hidung
Tengah hari tadi 08-01-2019 dalam jam 12lebih pengasuh (dari kg setia jaya) call umi fawwaz beritahu baby dah tak boleh bernafas. Umi fawwaz mengajar di SK Tmn Melati, dekat sgt dgn rmh pengasuh.
Menurut adik kepada bapa bayi, "Abg ika sampai rumah pengasuh, baby dah betul2 lemah, terkulai masa dukung..darah dah penuh kat hidung dah block habis pernafasan fawwaz..bawah mata lebam..Allahu.."

Suami bawa ke klinik terdekat
Wanita itu kemudian menghubungi suaminya sebelum mengejarkan bayi mereka ke sebuah klinik swasta di Taman Melati, namun doktor kemudian mengarahkan bayi dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Banyak pendarahan di kerongkong
Terus bawak ke emergency HKL, zon merah..doktor pun sahkan fawwaz dah takda..
Doktor scan xray semua, banyak pendarahan di kerongkong fawwaz penuh di saluran pernafasan..bukan tersedak susu..

Berjaga teman ibu, sempat minum susu badan ibu
Menurut adik kepada bapa bayi, "Lagi sebak rasa sebab pagi tadi sblm ke rmh pengasuh, fawwaz dpt rasa kali terakhir air susu badan umi nya..masih menyusu badan.

Dan malam tadi juga umi nya ckp dia teman umi nya berjaga siapkn kerja sekolah".
Sempat menerima rawatan 
Bagaimanapun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia selepas beberapa minit menerima rawatan di HKL.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, bapa mangsa berusia 33 tahun mendakwa anaknya berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke rumah pengasuhnya pagi semalam.
“Bedah siasat oleh bahagian forensik HKL mendapati punca kematian bayi berkenaan adalah kecederaan dan pendarahan dalaman di bahagian kepala, mungkin akibat terjatuh.

“Buat masa ini tiada sebarang tangkapan dan siasatan berhubung punca sebenar kejadian ini sedang dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sumber : metro , Facebook 

No comments

Powered by Blogger.
a