Header Ads

Kanak-kanak 10 tahun ditampar hingga patah gigi oleh penyelia pasar raya, hanya kerana buku mewarna

Gambar sekadar hiasan
Kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun ditampar pada muka kerana disyaki mencuri buku mewarna. Kejadian berlaku di sebuah pasar raya di Sibu, Sarawak pada 28 Januari.
Kanak-kanak itu disyaki mencuri buku mewarna dan kejadian itu dilihat oleh seorang pekerja wanita. Kemudian, pekerja tersebut membawa kanak-kanak itu kepada seorang lelaki yang dipercayai adalah penyelia yang bertugas di situ kemudian meninggalkan mereka berdua di tempat kejadian.

Kira-kira jam 5 petang kejadian itu berlaku, kanak-kanak tersebut dibawa ke bilik stor kemudian dia dikatakan dipaksa menyapu lantai sebagai hukuman. Apabila dia ingin melarikan diri, mangsa diikat dan penyelia kedai itu menampar muka kanak-kanak tersebut dan memukul mangsa menggunakan penyangkut baju besi sehingga giginya patah dan lebam di muka. 

Selepas dua jam setengah dihukum, akhirnya mangsa pulang ke rumah dengan keadaan gigi patah mata dan kaki yang bengkak akibat dipukul. 

Selepas melihat kecederaan kepada anaknya itu, bapa mangsa membuat keputusan untuk menuntut keadilan dan membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan.

Penyelia ditahan pada hari berikutnya untuk memudahkan siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sumber : bharian

No comments

Powered by Blogger.
a