Header Ads

Kenapa Manusia Perlu '1 Hari Malas' Dalam Seminggu?, Ini Jawapan Dari Doktor Penyelidik...


Jangan risau bila anda rasa malas kerana malas boleh mengurangkan stres yang jelas sekali boleh merehatkan badan dan minda. Secara fitrahnya, bukan semua manusia di dunia ini bersikap rajin sepanjang masa kerana sikap malas itu sememangnya wujud dalam diri setiap manusia.
Sama ada anda adalah seorang pelajar sepenuh masa atau pekerja, anda layak untuk ada rasa malas. Penuhi 1 hari anda dalam seminggu dengan apa saja perkara yang anda ingin lakukan. Ketepikan kerisauan.

Hargai dan layan diri anda pada 1 hari malas itu supaya minda anda kembali bertenaga dan refresh.
Minda anda perlukan 1 hari di mana anda tidak perlu untuk berfikir secara kritikal. 1 hari malas itu anda hanya perlu bernafas dan berehat serta bebas dari berfikir pasal kerja.
Begitu juga dengan fizikal anda. Ia juga perlukan rehat kerana anda setiap hari memaksa badan anda untuk duduk di kerusi pejabat pada meja anda seharian. Anda meminta terlalu banyak perkara harus dibuat oleh badan anda. Jadi, berilah peluang pada badan anda segar kembali dan bersedia untuk hari mencabar seterusnya!
Memetik kata-kata laporan dari Journal of Proceedings of the Royal Society B: Biological Science, 
"Those that have lower energy maintenance requirements seem more likely to survive than those organisms with a higher metabolic rate."
Salah seorang penyelidik di University of Kansas Biodiversity Institute and Natural History Museum, Luke Strotz menjelaskan mereka yang mempunyai ‘energy maintenance’ (orang yang menggunakan tenaga secara optimum), mempunyai kadar metabolisma yang lebih tinggi.
Malah, daripada kajian tersebut juga menunjukkan, manusia perlu sekurangnya 1 hari malas seminggu untuk mengelakkan stres, tekanan darah tinggi dan juga strok.
Sumber : Magazine , Journal

No comments

Powered by Blogger.
a