Header Ads

“Suara bodoh tu macam mana?” - Nabila Razali sedia dikecam bukan dengan kata-kata kesat


Penyanyi Nabila Razali berasa sedih melihat segelintir netizen yang menggunakan perkataan-perkataan kasar untuk mengutuk nyanyiannya menerusi lagu terbaru berjudul Vroom Vroom.



Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 27, berkata dia boleh sahaja menerima sebarang kritikan negatif yang boleh membantu memperbaiki kelemahannya namun bukan dengan perkataan kesat.





Antara kritikan netizen dengan menggunakan kata-kata kesat


Tweet yang dimuat naik Nabilah

"Kadang-kadang saya sedih juga tengok netizen yang komen dengan perkatan-perkataan kesat dan kasar ni. Bila buka IG mereka, muka baik dan ada keluarga.

"Tapi menggunakan bahasa kesat untuk kecam orang. Saya tak kisah dengan kritikan dan boleh terima komen negatif. Kalau tak boleh terima, lebih saya tak jadi penyanyi kan.

"Ni kata suara saya macam bodoh. Tapi suara bodoh tu macam mana? Kalau kata suara saya sengau, boleh la saya perbetulkan jadi lebih baik,"katanya kepada mstar.

Nabila diminta mengulas mengenai tweet netizen di laman Twitter yang mempersoalkan bagaimana dia boleh menyanyi sedangkan mempunyai suara macam bodoh.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Permata Hati ini tidak cepat menlatah dan hanya membalas semula komen tersebut dengan baik.

Dalam pada itu, pelakon drama Sunsilk #SISCUBA ini bersyukur single keempatnya itu setakat ini sudah mencecah lebih 1.5 juta tontotan dan kini trending nombor tiga di Youtube.

Sumber : mstar


No comments

Powered by Blogger.
a