Header Ads

MESTI BACA! 'Step-by step' untuk melepaskan diri anda, sekiranya kereta ditenggelami air

Kemalangan ke-5 sejak tahun 2010 lalu yang membabitkan sebuah kereta yang terjunam ke laut di Jambatan Pulau Pinang baru-baru ini memberi impak kepada banyak pihak dan mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Artikel berkaitan : (UPDATE) Mangsa terhumban ke dalam laut Jambatan Pulau Pinang dikenalpasti, pemandu Toyota Vios positif ganja

Artikel berkaitan : (GAMBAR&VIDEO) Mangsa & Bangkai Kereta SUV Terhumban Berjaya Ditemukan : Keluarga Mahu Keadilan

Artikel berkaitan : (VIDEO) SUV Putih Terjunam : 'Tolong Hentikan Spekulasi!'- Ketua Polis Pulau Pinang


Ada yang marah dengan tindakan cuai pemandu yang terbabit dan ada yang tertanya-tanya apakah perkara yang perlu dilakukan sekiranya situasi itu terjadi kepada diri sendiri?

Berikut ialah tips dikongsikan di laman Youtube Tech Insider yang tular dan boleh dimanfaatkan:


Step-by-step Bagaimana Untuk Melepaskan Diri Dari Kereta Yang Ditenggelami Air, Ikuti Langkah Ini Anda Boleh Menyelamatkan Diri Dan Orang Tersayang:


1. Jangan panik


Kereta yang terjunam ke dalam air (sama ada laut, tasik mahupun sungai) tidak akan terus tenggelam serta-merta.

Ia mengambil sedikit masa, tetapi memerlukan ketenangan fikiran sebelum bertindak kerana peluang masih terbuka untuk sesiapa sahaja selamatkan diri.



2. Buka tali pinggang keledar, cuba keluar dari kenderaan.




Sejurus selepas kereta bersentuhan dengan permukaan air, buka tali pinggang keselamatan, dan turunkan tingkap. Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah jangan sesekali cuba membuka pintu kerana ia akan mempercepatkan kereta tenggelam serta tekanan kuat yang ada ketika dalam air menyebabkan usaha ini amat menyusahkan.

Secepat mungkin, cuba keluar dari kereta melalui tingkap berhampiran sebelum kereta betul-betul ditenggelami air.

Buka tali pinggang, buka tingkap dan cuba keluar dari kereta. Dianggarkan anda ada satu minit sahaja untuk menyelesaikan tiga langkah ini.

Kereta yang mempunyai tingkap manual memberi lebih peluang untuk melepaskan diri. Namun, jika anda mempunyai kereta dengan power windows, pakar menyatakan, melalui keputusan ujian yang dijalankan, alat elektronik kereta masih berfungsi paling kurang selama 10 minit selepas tenggelam.

‘Jika anda tidak boleh turunkan cermin tingkap, pecahkannya’
Jangan cuba untuk memecahkan cermin hadapan kereta, kerana ianya sangat kuat, dan sukar untuk dipecahkan. Terdapat banyak kedai yang menjual alat untuk memecahkan cermin kereta pada harga yang berpatutan. Cara lain yang boleh digunakan adalah dengan objek berat yang mempunyai hujung yang tajam (anda harus letakkan objek seperyi ini di dalam kereta). Ianya boleh sahaja, seperti penukul, sepana, atau pemutar skru. Jika ketiadaan alat ini, anda boleh gunakan penyandar kepala (ketuk tingkap dengan besi yang ada pada penyandar kepala tersebut), kasut tumit tinggi, atau siku anda. Anda harus acukan kepada hujung tingkap, kerana kawasan tersebut lebih mudah pecah.

3. Buka tingkap dan keluar

Mungkin kaedah tendangan tidak cukup kuat untuk pecahkan cermin kereta anda, tetapi anda boleh juga gunakan kunci stereng atau besi pada bahagian tempat duduk untuk pecahkan cermin kereta.


Untuk mencari jalan keluar ke permukaan, berenang dalam arah yang sama buih air bergerak. 
Semua tindakan ini perlu dilakukan dengan pantas bagi mengelak anda terus terperangkap dalam kereta yang mungkin menyebabkan kematian.


Sumber : Youtube 

No comments

Powered by Blogger.
a