Header Ads

"Nak putus nyawa mama, bantal tungku meletup kat baby" - Ibu Dikecam Netizen Tidak Amalkan Bertungku Cara Tradisional



Bertungku ialah salah satu amalan tradisional yang biasa kita dengar semasa seseorang itu dalam tempoh berpantang. Ia dilakukan apabila objek yang panas beserta herba di letakkan di bahagian tertentu badan. Salah satu kelebihan amalan ini adalah ia memang bagus untuk wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan melancarkan perjalanan darah untuk mengeluarkan darah kotor. Sebab itulah wanita di dalam pantang rata-ratanya akan mengamalkan amalan ini dalam tempoh berpantang mereka.

Antara alat yang digunakan untuk bertungku ialah batu sungai, besi bertungku, dan bantal elektrik (tungku moden). Alat ini akan dipanaskan sebelum dibalut dengan kain untuk dituam ke bahagian tertentu badan.

Begitu juga dengan Puan Farah Iqlima yang mengamalkan berpantang dengan bertungku tetapi dia mengambil tungku elektrin iaitu cara moden terkini. Tetapi, malang tak berbau, tungku elektrik tersebut meletup pada bayinya. Status yang dimuat naik di Facebook beliau ini mendapat 12 ribu share.

Puan Farah sangat terkejut apabila tungku elektrik tersebut meletop pada bayinya secara tiba-tiba.




"Nak putus nyawa mama, nak tercabut jantung...meletop dekat baby..Nasib baik tuhan nk tolong lagi.." kata Puan Farah.

Menurutnya lagi, cecair di dalam tungku elektrik tersebut terpecik keluar hingga terkena pada bayi tersebut dan beberapa ruang rumah.





Cecair terpercik pada bayi

"Baby nanges2,tokwan nya bangun dr sofa.kalau x,jarak ngan baby xsmapi sejengkal...terpercik jgk la kat baby..tp xteruk.cepat2 basuh ngan air..alhamdulillah.tuhan nk tlg lagi.."

Apa yang membuatkan si ibu ini pelik, tungku elektrik tersebut baru sahaja di cas untuk tujuan memanaskan tungku tersebut. Kemudian dia menasihatkan agar para ibu diluar sana tidak menggunakan tungku elektrik ini kerana merbahaya pada diri dan juga bayi seperti yang dia alami.


Tak sampai 5 minit, dah meletup

"Nak moden sangat la guna tungku bantal moden...tgh2 cas nk bg panas skali meletup...nk kata lama bru on plug..xsmpai 5min pon."


Cecair jenis apa di dalam tungku ini sehingga sukar untuk ditanggalkan apabila dibasuh 

"Apa bnde cecair dlm ni,basuh pon xtanggal...bahaya..siapa ada,jgn gunaaa dahh.buang jer!"


Netizen kecam tak amalkan bertungku gaya tradisional 






Sumber : Facebook 




No comments

Powered by Blogger.
a