Header Ads

Pasangan 'gay' ditawarkan rawatan IVF untuk mempunyai bayi sendiri & menjadi kes pertama dalam sejarah



Dua orang lelaki iaitu pasangan gay telah ditawarkan rawatan IVF oleh Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) dan kes ini dipercayai adalah kes pertama dalam sejarah di Britain.

Pasangan ini telah berkahwin dan berharap untuk hamil dan mempunyai bayi sendiri menggunakan sperma dari salah seorang dari mereka dan seorang ibu tumpang untuk mengandungkan anak itu.

NHS akan membiayai proses telur penderma yang disenyawakan dan penghasilan embrio akan ditanam ke dalam rahim ibu tumpang.



NHS juga bru-baru ini enggan menawarkan pasangan gay rawatan seperti ini kerana tiada ibu tumpang.

Kerajaan Scottish mengubah polisi pada dua tahun lalu dan mempunyai perkhidmatan baru untuk menawarkan IVF kepada mana-mana pasangan tanpa mengira jantina atau orientasi seksual, layak mendapat rawatan kesuburan percuma.

Kumpulan hak gay Stonewall berkata: 'Kami mengalu-alukan langkah apa pun yang memastikan orang lesbian, gay, bi dan trans mempunyai akses yang adil dan setara dalam rawatan kesuburan.'

Juru cakap Kerajaan Scotland mengesahkan rawatan kesuburan ditawarkan adalah kepada lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.

Walaupun satu dasar IVF terpakai untuk seluruh Scotland, keadaan lebih rumit di England, di mana kira-kira 200 kumpulan pentauliahan klinikal menetapkan peraturan kelayakan untuk rawatan percuma ini. Walau bagaimanapun, rawatan IVF secara percuma oleh NHS ini tidak dijalankan di England.

Sumber : Daily mail 

No comments

Powered by Blogger.
a