Header Ads

(VIDEO) Remaja sambut tahun baru sambil asah bakat jadi 'tukang cuci kereta' , dikecam teruk


Kemeriahan sambutan tahun baru biasanya disambut dengan bunga api atau sesuatu yang menggembirakan tanda buka buku lembaran baru untuk tahun baru.

Namun, sambutan oleh sekumpulan remaja di Teluk Cempedak, Kuantan ini betul-betul dianggap tidak beradab dan sampai tahap 'melampau' disebabkan kelakuan mereka yang disifatkan kurang ajar.





Menerusi video berdurasi 53 saat ini tular di laman sosial Facebook sehingga mendapat lebih 5000 share, dapat disaksikan cara sekumpulan anak muda menyambut tahun baru dengan terloncat-loncat sambil menjerit malah lebih teruk apabila mereka menyembur dengan buih salji pada kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

Jauh menyimpang dari sekadar suka-suka, remaja ini secara paksa menahan kenderaan seperti kereta dan seorang penunggang motosikal juga terkena tempias apabila semburan buih salji disembur ke arah muka secara bertubi-tubi.

Dapat dilihat, seorang remaja juga mengangkat pengelap cermin kereta bagi elak berfungsi apabila pemandu cuba mengelap semburan pada cermin hadapan yang sekaligus menghalang pandangan.

Remaja-remaja yang berkumpul juga dilihat bersorak seronok ketika perbuatan itu.

Netizen turut membandingkan cara orang dulu menyambut tahun baru dengan remaja hari ini yang lebih bersikap menyusahkan orang selain mengakibatkan gangguan awam.







Sumber : Facebook 

No comments

Powered by Blogger.
a