Header Ads

Resepi Mudah Sos 'Cheezy Wedges' Ala KFC Buat Sendiri Kat Rumah, Dijamin Sedap!


Siapa yang gemar dengan cheezy wedges KFC pasti tahu bagaimana nikmatnya rasa sos cheezy warna kuning keemasan itu. Yang pasti ada yang rela dikenakan cas semata-mata inginkan extra cheese pada cheezy wedges tersebut.
Ternyata sos cheese ini boleh di buat sendiri dan lebih jimat boleh disimpan makan di rumah berkali-kali tanpa perlu ke KFC lagi! Boleh dimakan dengan ayam goreng rangup, cendawan goreng, wedges dan sebagainya.
Resepi sos cheese ini diolah oleh Puan Riesha Iman. Katanya, memang jimat dan puas anak-anak makan!
Jom kita tengok resepi selengkapnya di bawah ini

BAHAN-BAHAN :



  • 6 keping cheese
  • 150g marjerin
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sudu jecil lada sulah
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 cawan susu full cream
  • 1 sudu tepung gandum dibancuh dengan air suam (lebih kirang setengah cawan selepas dibancuh)
  • Sedikit pewarna kuning (*optional)


CARA-CARA


1. CAIRKAN MARJERIN BERSAMA SUSU

Mula-mula panaskan periuk kecil dan cairkan marjerin di atas api.
Masukkan susu full cream dan kacau sebati.

2. MASUKKAN CHEESE

Seterusnya masukkan kepingan cheese satu persatu hingga cair.

3. CAMPURKAN BAHAN LAIN

Sekarang masukkan semua bahan lain iaitu kiub ayam, serbuk lada sulag, serbuk lada hitam, dan gula.
Akhir sekali masukkan bancuhan air bersama tepung. Fungsi tepung ni untuk jadikan sos kita lebih pekat.
Resepi sos cheese

4. TUTUP API

Bila dah likat dan nampak mula berketul, bolehlah tutup api.
Tunggu kejap bagi sejuk dan kisar dalam blender untuk jadikan teksturnya halus dan tak berketul. Rasa pun makin gebu. Fuh, memang layan.
Resepi sos cheese
Nak senang saya masukkan dalam botol sos macam ni.

DAH SIAP!

Dah siap pun sos cheese homemade kita. Sekarang dah bolehlah cicah dengan ayam goreng, nugget, sosej, kentang goreng, atau apa-apa sajalah yang anda suka.
Untuk pastikan rasa sos cheese ini kekal segar dan sedap, seeloknya simpanlah dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan selama 2 minggu. Tapi kata Puan di rumahnya tak sempat seminggu pun dah lesap habis kena ‘baham’ semuanya!
Jadi, sah-sahlah sedap tu kan? Apa lagi, jom kita pakat cuba ramai-ramai. Mudah saja caranya, bahan pun senang dapat. Boleh makan puas-puas dekat rumah.
Selamat mencuba.
Sumber : Facebook

No comments

Powered by Blogger.
a