Header Ads

Sekolah di Johor akan Menggunakan Fingerprint Scanner untuk Rekod Kehadiran.


Sudah menjadi kebiasaan pelajar di sekolah rendah mahupun menengah terjerumus untuk ponteng
sekolah seterusnya melibatkan diri dengan aktiviti tidak berfaedah dan menimbulkan masalah sosial. Kes pelajar sekolah lompat pagar atau memberi alasan yang tidak munasabah sudah menjadi kebiasaan kepada ibu bapa dan para guru di Malaysia.

Beberapa usaha telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah ponteng sekolah ini dari terus berlanjutan, terbaru sebuah sekolah di Johor menggunakan teknologi pengesan cap jari untuk merekod kedatangan.


SMK Bandar Tenggara terawal telah menggunakan teknologi pengesan cap jari juga membolehkan ibu bapa untuk menerima laporan langsung status kehadiran anak-anak mereka. Setiap murid dikehendaki mengimbas jari mereka di terminal khas sistem biometrik yang telah disediakan.Pengetua sekolah tersebut, Puan Noraini Mohd Nor mengatakan bahawa sistem ini adalah satu usaha untuk mencapai KPI kehadiran sembilan puluh lima peratus.

Sistem ini juga memudahkan guru, kerana mereka tidak perlu lagi mengambil kehadiran secara manual setiap hari. Ibu bapa rata-rata menerima baik pengenalan sistem biometrik ini kerena mereka mudah untuk menyemak kehadiran anak-anak mereka, hanya dengan merujuk kepada aplikasi kehadiran khas. Dari segi kos sistem tersebut pula, ibu bapa hanya perlu membayar RM15 setahun untuk satu keluarga.

kredit: Sekolah Malaysia

No comments

Powered by Blogger.
a