Header Ads

Spanar Jaya! Sitcom popular 90-an kembali ditayangkan.

@Disediakan oleh Media Prima : Pelakon dan krew Spanar Jaya X

Selepas 14 tahun tidak bersiaran, sitkom Spanar Jaya kini kembali bersiaran dengan siri terbaru iaitu Spanar Jaya X, dengan menyediakan lebih kepelbagaian dan kotemporari di dalam penceritaan. Sitkom berepisod yang digemari ramai rakyat di Malaysia ini akan membuat tayangan semula namun yang paling menyedihkan ialah watak utama Zaibo tiada lagi. Pada 2 Feb, Spanar Jaya telah ditayangkan semula dimana menayangkan kisah pekerja(mekanik) yang nakal dan kepelbagaian telatah, rakan dan keluarga yang sangat setia dengan Pak Selamat sebagai seorang pemilik bengkel. Spanar Jaya X pula adalah siri sitkom komedi terbaru yang juga menyambut ulang tahun ke-20 sitkom tersebut dan juga adalah sebagai peringatan terhadap Zaibo atau lebih dikenali dengan Pak Selamat yang telah mengharungi penyakit kanser sejak tahun lepas. Spanar Jaya X menampilkan pelakon baru dan lama termasuk Opie Zami sebagai Mat Rock, zany Douglas Lim, pemenang anugerah Sangeeta Krishnasamy dan artis pujaan ramai Ben Amir, dan juga Uqasha Senrose. Siri drama Komedi tersebut adalah dihasilkan oleh Enfiniti Productions dan arahan Ahmad Idham Ahmad, juga adalah sebagai Iskandar turut melakonkan watak untuk membantu rakannya Mat Rock menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Siri terbaru tersebut menceritakan Mat Rock mewarisi bengkel Spanar Jaya dari Pak Selamat yang telah meninggalkan Klang Valley untuk menguruskan perniagaan bersama di negara jiran. Mat Rock walau bagaimanapun tidak layak menjadi pengurus dan akhirnya telah menyebabkan Spanar Jaya berhutang. Mat Rock seterusnya bernasib baik kerana Pak Selamat telah menghantar anak saudaranya Syasya(Uqasha) seorang graduan akauntan untuk membantu Mat Rock dan Zaki(Ben), saudara Iskandar untuk menggantikan dia sebagai ketua mekanik. Spanar Jaya X akan bersiaran sebanyak 13-episod, akan ditayangkan pada pukul 9malam di Tv3 setiap hari Selasa bermula 2 Feb, juga menampilkan beberapa perlakon terkenal iaitu Nabila Huda Suhaimi. Siri pertama sitcom tersebut dilakonkan pada Oktober lepas di Jelas Juta Studi di Sungai Buloh.

No comments

Powered by Blogger.
a